Berita Berita
Pegawai penguat kuasa 'kantoi' dirakam CCTV terbabit setting counter di KLIA

SEPANG, 24 Julai 2025: Seorang pegawai penguat kuasa ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti ‘setting counter’ di kaunter pemeriksaan masuk Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khamis lalu.
Menurut kenyataan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), pegawai tersebut ditahan kira-kira jam 9.20 pagi hasil pemantauan Unit Pemantau dan Unit Integriti AKPS yang mengesan pergerakan mencurigakan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
“Hasil pemeriksaan menemui wang tunai berjumlah RM8,391.45, tiga peranti komunikasi serta beberapa catatan nombor pasport yang disimpan oleh pegawai berkenaan,” menurut kenyataan itu.
Siasatan awal mendapati catatan tersebut mengandungi empat digit terakhir nombor pasport yang dipercayai digunakan bagi mengatur laluan keluar masuk individu tertentu secara tidak sah melalui kaunter imigresen.
Susulan penahanan, pegawai terbabit diserahkan kepada Unit Integriti AKPS KLIA untuk siasatan dalaman sebelum diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor bagi tindakan lanjut.
“AKPS memandang serius sebarang pelanggaran integriti, khususnya yang melibatkan aspek keselamatan di pintu masuk negara,” tegas kenyataan itu lagi.
AKPS turut menegaskan komitmennya untuk memperkukuh pemantauan dalaman serta mempertingkat kerjasama rentas agensi dalam usaha membanteras salah laku dalam kalangan pegawai penguat kuasa di semua pintu masuk negara.
“Usaha ini penting bagi memastikan tahap keselamatan dan integriti negara terus terpelihara daripada anasir dalaman yang cuba menggugat sistem kawalan sempadan,” tambah kenyataan itu.
Berita berkaitan
July 25, 2025, 4:20 pm
Anthony Loke arah pengangkutan awam terus beroperasi pada 26 Julai
July 25, 2025, 4:15 pm
Rafizi gesa siasatan SPRM terhadap bekas pembantu Anwar berhubung lesen lombong di Sabah
July 25, 2025, 2:51 pm
KPM beri jaminan tindakan susulan selepas siasatan kematian pelajar selesai
July 25, 2025, 2:30 pm
Ahli UMNO dan BN diingat tidak sertai himpunan ‘Turun Anwar’
July 25, 2025, 1:44 pm
Hampir 500 PATI ditahan di Chow Kit sejak Januari
July 25, 2025, 1:31 pm
Muhyiddin seru peserta himpunan ‘Turun Anwar’ jaga adab dan elak provokasi
July 25, 2025, 11:45 am
Pekerja balak maut, dua cedera pacuan empat roda terbabas di hutan simpan
July 25, 2025, 11:36 am