Berita Berita
Tular notis stesen BNM, Kuala Lumpur ditutup sementara esok, KTMB maklum tiada sebarang pengumuman rasmi

KUALA LUMPUR 25 Julai - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menafikan telah mengeluarkan arahan menutup Stesen Bank Negara Malaysia (BNM) dan Stesen Kuala Lumpur, seperti yang didakwa dalam satu notis tular di media sosial.
Menjawab pertanyaan pengguna di ruangan komen Facebook rasminya, KTMB menjelaskan bahawa tiada sebarang pengumuman rasmi berkaitan penutupan stesen dibuat oleh pihak pengurusan setakat ini.
“Sebarang maklumat terkini akan dikongsikan dari masa ke semasa melalui saluran rasmi KTMB,” kata pentadbir akaun Facebook KTMB.
Terdahulu, satu notis yang tersebar mendakwa kedua-dua stesen itu akan ditutup dari jam 9 pagi hingga 5 petang esok dan mendakwa tren komuter tidak akan berhenti di kedua-dua lokasi tersebut sepanjang tempoh tersebut.
Khabar angin itu timbul menjelang perhimpunan besar anjuran Perikatan Nasional yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur esok, bagi menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Peserta dijangka berkumpul di beberapa lokasi tumpuan termasuk Masjid Negara, Pasar Seni, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek Kampung Baru dan pusat beli-belah Sogo, sebelum berarak ke Dataran Merdeka.
Walaupun penganjur menyasarkan kehadiran sehingga 300,000 orang, perhimpunan terdahulu yang dianjurkan di Shah Alam awal bulan ini hanya menarik lebih 300 peserta.
Dalam pada itu, polis menasihati semua peserta agar mematuhi undang-undang dan berhimpun secara aman.
Semalam, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Usuf Jan Mohamad turut memaklumkan bahawa tiada penutupan jalan dirancang di ibu negara sempena perhimpunan ‘Turun Anwar’ tersebut.
Berita berkaitan
July 26, 2025, 6:49 pm
Polis sahkan 80,000 peserta turun Himpunan Turun Anwar, tiada insiden kekecohan
July 26, 2025, 5:18 pm
Tunggu hasil siasatan polis, KPM jamin ambil tindakan adil kes kematian Zara Qairina
July 26, 2025, 4:41 pm
Tun M, Muhyiddin hadir di Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka
July 26, 2025, 2:48 pm
'Saya tak dijemput hadiri himpunan' - Anwar
July 26, 2025, 2:30 pm
Ahli Parlimen perlu contohi pelajar sekolah berbahas dengan adab, ilmu - Anwar
July 26, 2025, 1:50 pm
AKPS tolak kemasukan 99 warga asing di KLIA, tujuan lawatan meragukan
July 26, 2025, 12:21 pm