Berita Berita
Pekerja balak maut, dua cedera pacuan empat roda terbabas di hutan simpan

KUANTAN 25 Julai – Seorang pekerja balak warga Indonesia maut manakala dua rakannya cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik dalam kejadian di kawasan Hutan Simpan Remen Chereh, Sungai Lembing, di sini, petang semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 1 petang ketika ketiga-tiga mangsa melalui laluan pembalakan menuju ke Sungai Lembing.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati kenderaan berkenaan hilang kawalan ketika melalui laluan sempit berbukit dan berselekoh sebelum terbabas lalu terbalik.
“Akibat nahas itu, pemandu dan dua penumpang tercampak keluar dari kenderaan.
“Rakan sekerja mereka hanya menyedari kejadian itu beberapa jam kemudian sebelum membawa kesemua mangsa keluar dari hutan untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Andreas Mara Kelen, 57, warga Indonesia, disahkan meninggal dunia pada jam 5.30 petang ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Sungai Lembing akibat kecederaan parah di muka.
Dua penumpang lain iaitu seorang lelaki warga Indonesia berusia 54 tahun serta seorang lagi lelaki warga Kemboja berusia 45 tahun turut cedera dan kini dirawat di sebuah pusat perubatan swasta di Kuantan.
Mohd Adli berkata, siasatan lanjut masih diteruskan termasuk pemeriksaan ke atas lokasi kejadian dan keadaan kenderaan yang terlibat.
“Polis tidak menolak kemungkinan kemalangan berlaku disebabkan faktor kecuaian,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian akibat kecuaian. – Media Telus
Berita berkaitan
July 26, 2025, 6:49 pm
Polis sahkan 80,000 peserta turun Himpunan Turun Anwar, tiada insiden kekecohan
July 26, 2025, 5:18 pm
Tunggu hasil siasatan polis, KPM jamin ambil tindakan adil kes kematian Zara Qairina
July 26, 2025, 4:41 pm
Tun M, Muhyiddin hadir di Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka
July 26, 2025, 2:48 pm
'Saya tak dijemput hadiri himpunan' - Anwar
July 26, 2025, 2:30 pm
Ahli Parlimen perlu contohi pelajar sekolah berbahas dengan adab, ilmu - Anwar
July 26, 2025, 1:50 pm
AKPS tolak kemasukan 99 warga asing di KLIA, tujuan lawatan meragukan
July 26, 2025, 12:21 pm