TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Ambil perhatian, 16 laluan sekitar Kuala Lumpur dijangka dilencong esok sempena Himpunan ‘Turun Anwar’

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 25 Julai - Sebanyak 16 laluan utama di sekitar pusat bandar raya dijangka mengalami lencongan trafik berikutan Himpunan Turun Anwar yang dijadual berlangsung tengah hari esok.

Menurut Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, pelaksanaan lencongan ini bergantung kepada situasi semasa demi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan pengguna jalan raya.

“Perhimpunan itu dijadual berlangsung di lima lokasi utama iaitu Masjid Negara, Pasar Seni, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek Kampung Baru dan sebuah pusat beli-belah, sebelum peserta bergerak ke Dataran Merdeka.

Sehubungan itu, beberapa lencongan kenderaan akan diaktifkan sekiranya keadaan memerlukan demi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan semua pengguna jalan raya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara laluan yang dijangka terlibat termasuk:

  • Jalan Maharajalela susur ke Jalan Syed Putra

  • Jalan Kinabalu / U-turn Public Bank

  • Bulatan Sultan Mohamad

  • Jalan Kinabalu susur ke Terowong Bukit Aman

  • Jalan Kinabalu / susur ke Bulatan Dato' Onn

  • Atas Bulatan Dato' Onn (kiri dan kanan)

  • Bulatan Dato' Onn dari arah Jalan Parlimen

  • Jalan Sultan Salahuddin / Bulatan Dato' Onn

  • Jalan Kuching / susur ke Jalan Sultan Ismail

  • Jalan Kinabalu (dari Bulatan Segambut ke Bulatan Dato' Onn)

  • Jalan Kinabalu (dari arah Masjid Negara ke arah Bulatan Dato' Onn)

  • Jalan Lebuh Pasar Besar / Jalan Hang Kasturi

  • Jalan Hishamudin / Jalan Raja

  • Jalan Parlimen / Jalan Raja Laut

  • Jalan Tuanku Abdul Rahman / Jalan Tun Perak

  • Jalan Lebuh Ampang / Jalan Tun Perak

Mohamed Usuf turut menasihati orang ramai agar merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

“Orang ramai perlu mematuhi arahan-arahan anggota polis trafik yang bertugas di lokasi. Kerjasama dan keprihatinan semua pihak amat dihargai demi menjaga ketenteraman dan keselamatan bersama," katanya.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh disalurkan ke:

  • Hotline Polis Kuala Lumpur: 03-2115 9999

  • Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee: 03-2071 9999

  • Hotline JSPT Kuala Lumpur: 03-2026 0267 / 0269

  • Atau mana-mana balai polis berhampiran.

+ - reset