Berita Berita
Anthony Loke arah pengangkutan awam terus beroperasi pada 26 Julai

KUALA LUMPUR 25 Julai – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengarahkan semua perkhidmatan pengangkutan awam termasuk stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Prasarana agar terus beroperasi seperti biasa pada 26 Julai ini.
Beliau berkata, keputusan itu sejajar dengan pendirian Kerajaan Madani yang menghormati hak kebebasan berhimpun, termasuk oleh pihak yang tidak sehaluan dengan kerajaan.
“Kita tidak boleh kembali ke zaman yang menindas demokrasi, seperti menutup Parlimen tanpa sebab munasabah. Lebih penting, pengangkutan awam mesti beroperasi agar majoriti rakyat dapat melaksanakan urusan hujung minggu mereka tanpa gangguan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut mengingatkan orang ramai bahawa Pas MY50 kini boleh diperbaharui secara dalam talian melalui aplikasi Touch 'n Go, dengan harga hanya RM50 selepas subsidi kerajaan sebanyak RM100.
“Bagi mereka yang pertama kali ke ibu kota, boleh guna MyCity Pass yang berharga hanya RM6 untuk akses tanpa had sehari ke semua perkhidmatan LRT, MRT, BRT, Monorel dan RapidBas. Pas ini juga akan didigitalkan menjelang hujung tahun,” katanya.
Loke turut menggalakkan peserta perhimpunan yang dijadualkan berlangsung esok agar menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di ibu kota. – Media Telus
Berita berkaitan
July 26, 2025, 6:49 pm
Polis sahkan 80,000 peserta turun Himpunan Turun Anwar, tiada insiden kekecohan
July 26, 2025, 5:18 pm
Tunggu hasil siasatan polis, KPM jamin ambil tindakan adil kes kematian Zara Qairina
July 26, 2025, 4:41 pm
Tun M, Muhyiddin hadir di Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka
July 26, 2025, 2:48 pm
'Saya tak dijemput hadiri himpunan' - Anwar
July 26, 2025, 2:30 pm
Ahli Parlimen perlu contohi pelajar sekolah berbahas dengan adab, ilmu - Anwar
July 26, 2025, 1:50 pm
AKPS tolak kemasukan 99 warga asing di KLIA, tujuan lawatan meragukan
July 26, 2025, 12:21 pm