TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Himpunan ‘Turun Anwar’ bukti pembangkang ketandusan idea – Kamil Munim

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 25 Julai – Himpunan ‘Turun Anwar’ yang dirancang berlangsung Sabtu ini disifatkan sebagai bukti ketandusan idea pembangkang, khususnya Perikatan Nasional (PN), dalam menawarkan alternatif jelas berhubung pengurusan ekonomi negara.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, angka dan laporan ekonomi semasa menunjukkan pemulihan serta pertumbuhan ekonomi Malaysia berada pada landasan yang kukuh dan konsisten, sekali gus menolak dakwaan tidak berasas yang dibuat pembangkang.

“Pertumbuhan, inflasi, kadar pengangguran dan jumlah pelaburan dipersetankan terus hanya kerana kebencian dan haloba,” katanya menerusi ciapan di platform X, hari ini.

Menurut beliau, tindakan mengadakan himpunan berasaskan sentimen benci terhadap Perdana Menteri menunjukkan kegagalan pembangkang berhujah secara matang dan mengusulkan dasar alternatif yang lebih baik.

“Ini bukti nyata betapa gagalnya mereka dalam berhujah, mengolah serta mengusulkan alternatif kepada pelbagai dasar baik yang telah kita terjemahkan,” katanya lagi.

Muhammad Kamil yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) menambah, ketika kerajaan berusaha memperkukuh ekonomi negara, pembangkang pula memilih jalan menghasut dan menabur kebencian.

“Malah, hingga kini mereka masih gagal menamakan calon yang boleh diketengahkan sebagai pengganti kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” ujarnya.

Walaupun Kerajaan MADANI kekal menghormati prinsip kebebasan bersuara dan hak berhimpun secara aman, beliau menegaskan perhimpunan yang digerakkan semata-mata kerana kebencian terhadap Anwar tidak memberi sebarang nilai tambah kepada rakyat.

“Demonstrasi berasaskan benci kepada batang tubuh Anwar Ibrahim hanya membuktikan betapa lemah, dangkal dan longlainya politik mereka dalam mendepani ketangkasan kita menterjemah hasrat dan kehendak rakyat,” katanya. – Media Telus

+ - reset