TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Ada RM8,000 dalam poket ketika ditahan' - Pegawai Penguat Kuasa KLIA direman 5 hari disyaki terlibat ‘counter setting’

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 26 Julai - Seorang pegawai penguat kuasa yang bertugas di kaunter ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah direman selama lima hari bermula hari ini sehingga 29 Julai bagi membantu siasatan berhubung kegiatan ‘counter setting’.

Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia lingkungan 20-an itu dikeluarkan oleh Majistret Zur Azureen Zainalkefli selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi tadi.

Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira pukul 3 petang semalam di tempat beliau bertugas, selepas dipercayai menerima wang rasuah semasa bertugas.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki menerima wang rasuah ketika sedang bertugas dan perbuatannya dikesan melalui pemantauan televisyen litar tertutup (CCTV).

“Hasil pemeriksaan terhadap suspek menjumpai wang berjumlah kira-kira RM8,000 di dalam poket seluar suspek dan disyaki wang rasuah tersebut adalah hasil daripada kegiatan counter setting,” katanya.

Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Khairul Izwan Karim ketika dihubungi turut mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. 

+ - reset