TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Bayi 4 bulan di Melaka maut disyaki tersedak susu, bapa baru balik kerja terlelap selepas beri minum

By
|
Kongsi
image

 

ALOR GAJAH 27 Julai – Seorang bayi perempuan berusia empat bulan maut dipercayai akibat tersedak susu yang diberikan oleh bapanya di rumah mereka di Kuala Sungai Baru di sini, awal pagi Jumaat lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Azrul Mohamed, kejadian berlaku sekitar jam 5 pagi, sejurus selepas bapa mangsa yang berusia 28 tahun pulang dari tempat kerja di sebuah kilang.

Katanya, lelaki berkenaan yang baru tiba di rumah sekitar jam 4.30 pagi telah memberikan susu botol kepada anak sulungnya itu sebelum tertidur akibat keletihan.

“Ketika kejadian, isterinya yang berusia 22 tahun baru sahaja keluar bekerja di sebuah kilang di Kelemak kira-kira 15 minit sebelum itu,” katanya dalam laporan MalaysiaGazette, hari ini.

Tambah beliau, lelaki itu hanya terjaga lima jam kemudian pada jam 10 pagi dan mendapati anaknya tidak bergerak semasa dikejutkan, sebelum segera membawa bayi berkenaan ke Klinik Kesihatan Kuala Sungai Baru pada jam 10.15 pagi.

“Doktor kemudian memberikan bantuan pernafasan namun bayi berkenaan tidak menunjukkan sebarang tindak balas sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 10.40 pagi,” katanya.

Menurut Azrul, mayat bayi itu telah dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan keputusan setakat ini adalah ‘pending laboratory investigation’ (menunggu laporan lengkap makmal).

“Kes ini setakat ini diklasifikasikan sebagai SDR (kematian mengejut) sehingga pihak polis menerima laporan penuh analisa makmal,” tambahnya.

Jenazah bayi tersebut kemudian telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Linggi.

+ - reset