Berita Berita
Hampir sejuta pengguna nikmati penjimatan susulan penangguhan kenaikan tol – Nanta

KUALA LUMPUR 29 Julai – Hampir sejuta pengguna akan menikmati impak signifikan susulan keputusan kerajaan menangguhkan kenaikan kadar tol di 10 lebuh raya yang terlibat.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, langkah itu diambil memandangkan wujud jurang besar antara kadar tol semasa dengan kadar tol yang sepatutnya mengikut perjanjian konsesi.
Menurut beliau, kenaikan kadar tol yang dijadualkan bagi kenderaan kelas satu adalah antara 50 sen hingga RM4.56, bersamaan peningkatan sekitar 79 hingga 83 peratus.
“Sebagai contoh, pengguna kenderaan kelas satu di Plaza Tol Lebuhraya Kuala Lumpur–Putrajaya (MEX) sepatutnya dikenakan kadar RM6.90 pada 2025. Namun, kadar tol semasa kekal pada RM3.50 sehala, sekali gus memberi penjimatan RM6.80 bagi perjalanan pergi dan balik,” katanya semasa sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Tambah beliau, jika dikira penggunaan selama 20 hari sebulan, atau 240 hari setahun, pengguna akan menikmati penjimatan sekitar RM136 sebulan atau RM1,632 setahun. – Media Telus
Berita berkaitan
July 29, 2025, 6:54 pm
Polis siasat hantaran fitnah terhadap artis lelaki terkenal
July 29, 2025, 6:39 pm
Malaysia tidak agresif dalam isu Laut Sulawesi – Anwar
July 29, 2025, 6:16 pm
Anggota polis wanita maut nahas libatkan kereta langgar lampu merah di Iskandar Puteri
July 29, 2025, 5:59 pm
Bedah siasat sahkan budak ditanam dalam belukar mati dijerat 'cable tight' - Polis
July 29, 2025, 4:51 pm
Kanak-kanak bawah 13 tahun mungkin dilarang miliki akaun media sosial - Fahmi
July 29, 2025, 4:07 pm
Hutang kerajaan cecah RM1.3 trilion tampung perbelanjaan pembangunan
July 29, 2025, 3:07 pm
Nama kena petik, bekas Pengetua SMKA Tun Datu Mustapha nafi terlibat kes Zara Qairina
July 29, 2025, 2:55 pm
'Liwat hanyalah sebab-musabab' - Puad yakin Tun M akan terus gali isu untuk jatuh Anwar
July 29, 2025, 2:42 pm
Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad dilantik Pengerusi The BrandLaureate
July 29, 2025, 2:33 pm