Berita Berita
KDN haramkan dua buku, dikhuatiri jejas moral masyarakat

PUTRAJAYA 29 Julai - Dua tajuk buku, Chase Me dan Ammar Zahrain: The Obsessive Husband, telah diwartakan di bawah Perintah Larangan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) susulan kandungannya yang dikhuatiri boleh memudaratkan moral masyarakat.
Dalam kenyataan media hari ini, KDN memaklumkan bahawa perintah berkenaan dikeluarkan masing-masing pada 1 dan 3 Julai lalu mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301].
"Perintah larangan ini merupakan satu mekanisme kawalan dan pencegahan sebelum suatu ancaman atau kemudaratan itu berlaku.
"Dalam masa yang sama, masyarakat dilindungi dan turut memperoleh pendedahan serta kesedaran mengenai hasil-hasil penerbitan yang tidak diingini dan tidak sesuai untuk bacaan umum," kata KDN.
Mengikut subseksyen 7(1) Akta 301, segala aktiviti seperti pencetakan, pengimportan, penerbitan, pengedaran dan pemilikan bahan-bahan yang disenaraikan sebagai larangan adalah dilarang sepenuhnya di negara ini.
KDN turut menegaskan bahawa individu yang memiliki atau mengedarkan penerbitan yang dilarang tanpa alasan munasabah boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah subseksyen 8(1) dan 8(2) akta sama.
Ia termasuk hukuman denda maksimum RM20,000, penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
"Kerajaan ingin menyatakan komitmen berterusan dalam melaksanakan kawal selia dan penguatkuasaan terhadap mesin cetak dan penerbitan, khususnya dalam membendung penyebaran unsur yang boleh mengganggu-gugat keselamatan dan ketenteraman awam," jelas KDN.
Orang ramai boleh merujuk senarai penuh hasil penerbitan yang dikenakan Perintah Larangan melalui laman rasmi www.moha.gov.my atau menerusi portal Perundangan Persekutuan Malaysia. - Media Telus
Berita berkaitan
July 29, 2025, 6:54 pm
Polis siasat hantaran fitnah terhadap artis lelaki terkenal
July 29, 2025, 6:39 pm
Malaysia tidak agresif dalam isu Laut Sulawesi – Anwar
July 29, 2025, 6:16 pm
Anggota polis wanita maut nahas libatkan kereta langgar lampu merah di Iskandar Puteri
July 29, 2025, 5:59 pm
Bedah siasat sahkan budak ditanam dalam belukar mati dijerat 'cable tight' - Polis
July 29, 2025, 4:51 pm
Kanak-kanak bawah 13 tahun mungkin dilarang miliki akaun media sosial - Fahmi
July 29, 2025, 4:07 pm
Hutang kerajaan cecah RM1.3 trilion tampung perbelanjaan pembangunan
July 29, 2025, 3:07 pm
Nama kena petik, bekas Pengetua SMKA Tun Datu Mustapha nafi terlibat kes Zara Qairina
July 29, 2025, 2:55 pm
'Liwat hanyalah sebab-musabab' - Puad yakin Tun M akan terus gali isu untuk jatuh Anwar
July 29, 2025, 2:42 pm
Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad dilantik Pengerusi The BrandLaureate
July 29, 2025, 2:33 pm