Berita Berita
Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad dilantik Pengerusi The BrandLaureate

KUALA LUMPUR 29 Julai – Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad dilantik sebagai Pengerusi The World Brands Foundation (TWBF), organisasi di sebalik anugerah The BrandLaureate.
Pelantikan tersebut diumumkan hari ini sebagai satu langkah strategik dalam usaha memperkukuh kepimpinan TWBF yang berlandaskan nilai, integriti dan akauntabiliti, selaras dengan misi utama yayasan tersebut dalam mengiktiraf jenama yang dibina atas asas keaslian dan kepimpinan berprinsip.
Naib Presiden Perhubungan Awam dan Komunikasi The BrandLaureate, Hilary Ng berkata, pelantikan Dzulkifli menyerlahkan komitmen TWBF terhadap penjenamaan beretika.
“Pelantikan Tan Sri mengukuhkan keyakinan kami bahawa jenama hebat bukan sahaja dinilai dari segi prestasi, tetapi juga dari segi prinsip,” katanya.
Dzulkifli yang kini juga Presiden Akademi Anti Pengubahan Wang Haram dan Anti Rasuah (AMLAC), dijangka mengetuai pelaksanaan fasa baharu pertumbuhan strategik TWBF dengan kerjasama Lembaga Gabenor dan Pasukan Eksekutif yayasan tersebut.
“Saya berbesar hati untuk menyertai sebuah organisasi yang melihat penjenamaan bukan sekadar alat komersial, tetapi sebagai cerminan nilai, budaya, dan komitmen sosial yang berkuasa,” kata beliau.
Tambahnya, beliau berhasrat menyumbang kepada usaha TWBF dalam membina jenama yang memberi inspirasi, meraih kepercayaan dan dipimpin dengan tujuan yang jelas.
Pelantikan Dzulkifli dijangka memperkukuh kedudukan The BrandLaureate di peringkat global, selain memperluaskan pengaruhnya dalam ekosistem penjenamaan antarabangsa yang menekankan kepimpinan berteraskan nilai. - Media Telus
Berita berkaitan
July 29, 2025, 6:54 pm
Polis siasat hantaran fitnah terhadap artis lelaki terkenal
July 29, 2025, 6:39 pm
Malaysia tidak agresif dalam isu Laut Sulawesi – Anwar
July 29, 2025, 6:16 pm
Anggota polis wanita maut nahas libatkan kereta langgar lampu merah di Iskandar Puteri
July 29, 2025, 5:59 pm
Bedah siasat sahkan budak ditanam dalam belukar mati dijerat 'cable tight' - Polis
July 29, 2025, 4:51 pm
Kanak-kanak bawah 13 tahun mungkin dilarang miliki akaun media sosial - Fahmi
July 29, 2025, 4:07 pm
Hutang kerajaan cecah RM1.3 trilion tampung perbelanjaan pembangunan
July 29, 2025, 3:07 pm
Nama kena petik, bekas Pengetua SMKA Tun Datu Mustapha nafi terlibat kes Zara Qairina
July 29, 2025, 2:55 pm
'Liwat hanyalah sebab-musabab' - Puad yakin Tun M akan terus gali isu untuk jatuh Anwar
July 29, 2025, 2:33 pm