Berita Berita
25 PATI ditahan dalam Ops Sapu di Lojing

GUA MUSANG 29 Julai – Seramai 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan dalam serbuan Ops Sapu di kawasan tanah tinggi Lojing, pada Isnin.
Pengarah JIM Kelantan, Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan berkata, kesemua PATI ditahan selepas pemeriksaan terhadap 36 warga asing yang berada di kawasan berkenaan.
“Daripada jumlah itu, 14 lelaki dan enam wanita merupakan warga Myanmar, empat lelaki warga Bangladesh dan seorang lelaki warga Nepal turut ditahan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Kesemua yang ditahan diserahkan ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Operasi yang bermula jam 5 petang itu disertai 28 pegawai dan anggota daripada Bahagian Penguatkuasaan JIM Kelantan.
Dalam pada itu, Mohamed Yusoff Khan menyeru orang ramai menyalurkan maklumat berhubung keberadaan PATI atau sebarang aktiviti membabitkan warga asing yang melanggar undang-undang.
“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bersubahat, menjadi dalang atau memudah cara dalam melindungi PATI,” tegasnya. – Media Telus
Berita berkaitan
July 29, 2025, 6:54 pm
Polis siasat hantaran fitnah terhadap artis lelaki terkenal
July 29, 2025, 6:39 pm
Malaysia tidak agresif dalam isu Laut Sulawesi – Anwar
July 29, 2025, 6:16 pm
Anggota polis wanita maut nahas libatkan kereta langgar lampu merah di Iskandar Puteri
July 29, 2025, 5:59 pm
Bedah siasat sahkan budak ditanam dalam belukar mati dijerat 'cable tight' - Polis
July 29, 2025, 4:51 pm
Kanak-kanak bawah 13 tahun mungkin dilarang miliki akaun media sosial - Fahmi
July 29, 2025, 4:07 pm
Hutang kerajaan cecah RM1.3 trilion tampung perbelanjaan pembangunan
July 29, 2025, 3:07 pm
Nama kena petik, bekas Pengetua SMKA Tun Datu Mustapha nafi terlibat kes Zara Qairina
July 29, 2025, 2:55 pm
'Liwat hanyalah sebab-musabab' - Puad yakin Tun M akan terus gali isu untuk jatuh Anwar
July 29, 2025, 2:42 pm
Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad dilantik Pengerusi The BrandLaureate
July 29, 2025, 2:33 pm