Berita Berita
Lagi kes buli tular di Sabah pada 2023 , Fadhlina arah siasatan segera

KUALA LUMPUR 29 Julai - Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil serius insiden buli yang tular membabitkan seorang murid lelaki di Sabah, dan telah mengarahkan siasatan segera dilakukan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, beliau turut menggesa waris kepada murid terbabit supaya segera tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa dan JPN Sabah agar tindakan sewajarnya dapat diambil.
Beliau menegaskan bahawa sebarang bentuk gejala buli tidak akan diterima dan perlu dibanteras tanpa kompromi di semua peringkat pendidikan.
"Tular hantaran di media sosial berkenaan kes buli membabitkan murid di sebuah sekolah di Sabah. Kes ini dikatakan terjadi pada 2023.
"Saya minta pasukan JPN Sabah untuk segera menyiasat perkara ini.
"Pada waktu sama, saya menyeru ibu bapa atau penjaga murid terbabit untuk tampil ke hadapan dan membuat laporan kepada JPN Sabah atau kepada pihak polis supaya ia boleh disiasat dan diambil tindakan," katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.
Terdahulu, beberapa gambar tular di media sosial memaparkan seorang murid lelaki dipercayai dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, Sabah mengalami kecederaan akibat dibuli pada 24 Jun 2023.
Gambar tersebut menunjukkan kecederaan jelas pada muka, mata, kepala dan kaki mangsa, selain turut memaparkan murid itu terlantar di atas katil hospital dengan balutan di kepala.
Berita berkaitan
July 29, 2025, 6:54 pm
Polis siasat hantaran fitnah terhadap artis lelaki terkenal
July 29, 2025, 6:39 pm
Malaysia tidak agresif dalam isu Laut Sulawesi – Anwar
July 29, 2025, 6:16 pm
Anggota polis wanita maut nahas libatkan kereta langgar lampu merah di Iskandar Puteri
July 29, 2025, 5:59 pm
Bedah siasat sahkan budak ditanam dalam belukar mati dijerat 'cable tight' - Polis
July 29, 2025, 4:51 pm
Kanak-kanak bawah 13 tahun mungkin dilarang miliki akaun media sosial - Fahmi
July 29, 2025, 4:07 pm
Hutang kerajaan cecah RM1.3 trilion tampung perbelanjaan pembangunan
July 29, 2025, 3:07 pm
Nama kena petik, bekas Pengetua SMKA Tun Datu Mustapha nafi terlibat kes Zara Qairina
July 29, 2025, 2:55 pm
'Liwat hanyalah sebab-musabab' - Puad yakin Tun M akan terus gali isu untuk jatuh Anwar
July 29, 2025, 2:42 pm
Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad dilantik Pengerusi The BrandLaureate
July 29, 2025, 2:33 pm