Berita Berita
Ahmad Fadhli didesak mohon maaf kepada Thailand, Kemboja

KUALA LUMPUR 29 Julai – Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari didesak membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Thailand dan Kemboja susulan kenyataan yang didakwa memperlekeh inisiatif diplomasi Malaysia dalam menangani konflik sempadan kedua-dua negara tersebut.
Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, tindakan Ahmad Fadhli itu bersifat gopoh, bebal dan tidak menghormati usaha perdamaian yang diusahakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Malaysia tidak akan sesekali mempertahankan tindakan yang jelas tidak patriotik dan memalukan negara. Beginilah politik sempit yang kita tolak.
“Tindakan mereka hanya menjadi liabiliti kepada nama baik negara. Tuntutan Islam yang sepatutnya meraikan pendamaian, disanggah dengan kebencian politik yang membuak,” katanya dalam hantaran di platform X hari ini.
Tambah Muhammad Kamil yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), kenyataan Ahmad Fadhli menggambarkan keengganan pembangkang untuk mengiktiraf kejayaan diplomasi yang membanggakan negara.
“Ketika dunia mengiktiraf peranan Malaysia dalam keamanan serantau, pembangkang pula memilih untuk bersikap sinis dan pesimis,” katanya lagi.
Beliau turut menegaskan, kejayaan diplomatik ini bukan isu parti tetapi soal maruah dan peranan Malaysia di peringkat antarabangsa yang disambut baik oleh kuasa besar seperti Amerika Syarikat, China dan komuniti ASEAN.
Terdahulu, Ahmad Fadhli menerima kecaman ramai selepas memuat naik hantaran di media sosial menggambarkan tiga haiwan — kambing, biri-biri dan monyet — dalam analogi berebut pisang, dipercayai menyindir peranan Malaysia sebagai orang tengah dalam isu Thailand–Kemboja.
Semalam, Anwar mengumumkan Thailand dan Kemboja bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata serta-merta hasil mesyuarat khas yang dipengerusikannya di Putrajaya. – Media Telus
Berita berkaitan
July 29, 2025, 6:54 pm
Polis siasat hantaran fitnah terhadap artis lelaki terkenal
July 29, 2025, 6:39 pm
Malaysia tidak agresif dalam isu Laut Sulawesi – Anwar
July 29, 2025, 6:16 pm
Anggota polis wanita maut nahas libatkan kereta langgar lampu merah di Iskandar Puteri
July 29, 2025, 5:59 pm
Bedah siasat sahkan budak ditanam dalam belukar mati dijerat 'cable tight' - Polis
July 29, 2025, 4:51 pm
Kanak-kanak bawah 13 tahun mungkin dilarang miliki akaun media sosial - Fahmi
July 29, 2025, 4:07 pm
Hutang kerajaan cecah RM1.3 trilion tampung perbelanjaan pembangunan
July 29, 2025, 3:07 pm
Nama kena petik, bekas Pengetua SMKA Tun Datu Mustapha nafi terlibat kes Zara Qairina
July 29, 2025, 2:55 pm
'Liwat hanyalah sebab-musabab' - Puad yakin Tun M akan terus gali isu untuk jatuh Anwar
July 29, 2025, 2:42 pm