Berita Berita
KDN nafi sistem penguatkuasaan siber lemah punca lonjakan akses pornografi kanak-kanak

KUALA LUMPUR 29 Julai - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan lonjakan alamat Protokol Internet (IP) dari Malaysia yang mengakses laman web berkaitan pornografi kanak-kanak sebagai petunjuk kelemahan dalam sistem pemantauan siber dan penguatkuasaan yang sedia ada.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menegaskan, peningkatan itu sebaliknya mencerminkan kesan daripada perkembangan pesat teknologi digital serta kemudahan akses kepada internet.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (BEBAS-Kuala Kangsar) dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Menurut beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) sentiasa meningkatkan keupayaan pemantauan, termasuk menjalin kerjasama strategik bersama badan antarabangsa seperti National Centre for Missing and Exploited Children (NCMEC), INTERPOL, serta pelbagai platform digital luar negara.
“Sistem laporan siber antarabangsa seperti ‘Cyber Line’ turut membantu mengenal pasti lebih banyak insiden dan aktiviti mencurigakan, sekali gus menyumbang kepada peningkatan jumlah alamat IP yang dilaporkan,” katanya.
Tambah beliau, PDRM turut membangunkan sistem siasatan digital yang lebih berkeupayaan, termasuk penggunaan teknologi forensik terkini dan strategi pemantauan kandungan dalam talian.
Bagaimanapun, katanya, PDRM masih berdepan beberapa kekangan utama dalam proses pendakwaan seperti penggunaan teknologi penyamaran termasuk rangkaian persendirian maya (VPN), penyulitan bahan bukti digital serta teknik pemadaman data yang menyukarkan siasatan forensik.
“Meskipun data seperti alamat IP dan identiti pelaku dapat dikenal pasti, manipulasi dan pemalsuan bahan bukti digital, termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI), menimbulkan cabaran besar dalam memastikan keaslian dan kesahihan bukti di mahkamah,” ujarnya.
Dalam hal ini, katanya, sebarang bukti yang dipalsukan boleh melemahkan nilai pembuktian (‘probative value’) dalam perbicaraan.
Beliau turut menjelaskan bahawa kelewatan kerjasama daripada penyedia platform digital antarabangsa dan isu koordinasi rentas sempadan antara cabaran yang melambatkan proses pengumpulan bukti.
Bagi menangani perkara itu, PDRM giat memperkukuh kerjasama dengan agensi teknikal seperti CyberSecurity Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Jabatan Digital Negara.
“PDRM juga memperluas latihan forensik secara berterusan bagi memastikan tindakan undang-undang dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan.
“Kita menyedari bahawa teknologi siber terus berkembang, justeru keupayaan kita perlu sentiasa dipertingkatkan agar selari dengan ancaman semasa,” tegasnya.
Berita berkaitan
July 29, 2025, 6:54 pm
Polis siasat hantaran fitnah terhadap artis lelaki terkenal
July 29, 2025, 6:39 pm
Malaysia tidak agresif dalam isu Laut Sulawesi – Anwar
July 29, 2025, 6:16 pm
Anggota polis wanita maut nahas libatkan kereta langgar lampu merah di Iskandar Puteri
July 29, 2025, 5:59 pm
Bedah siasat sahkan budak ditanam dalam belukar mati dijerat 'cable tight' - Polis
July 29, 2025, 4:51 pm
Kanak-kanak bawah 13 tahun mungkin dilarang miliki akaun media sosial - Fahmi
July 29, 2025, 4:07 pm
Hutang kerajaan cecah RM1.3 trilion tampung perbelanjaan pembangunan
July 29, 2025, 3:07 pm
Nama kena petik, bekas Pengetua SMKA Tun Datu Mustapha nafi terlibat kes Zara Qairina
July 29, 2025, 2:55 pm
'Liwat hanyalah sebab-musabab' - Puad yakin Tun M akan terus gali isu untuk jatuh Anwar
July 29, 2025, 2:42 pm
Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad dilantik Pengerusi The BrandLaureate
July 29, 2025, 2:33 pm