Berita Berita
'Liwat hanyalah sebab-musabab' - Puad yakin Tun M akan terus gali isu untuk jatuh Anwar

KUALA LUMPUR 29 Julai – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka terus mencetuskan pelbagai isu sensasi dalam usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagaimana pernah dilakukan terhadap pemimpin terdahulu.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata, Mahathir menyedari bahawa Anwar tidak mudah ditumbangkan melalui demonstrasi jalanan, justeru beliau akan beralih kepada strategi mendedahkan isu-isu kontroversi bagi menekan Anwar agar berundur.
“Begitulah Mahathir. Semua perdana menteri selepasnya iaitu Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan Najib (Datuk Seri Najib Razak) dijatuhkan.
“Apakah Anwar jadi mangsa seterusnya? Tun M juga tahu, Anwar tidak boleh diturunkan melalui demonstrasi jalanan.
“Dia akan cari isu sensasi. Dia akan mengorek. Kita tidak tahu siapa bocorkan minit mesyuarat JAC. Tetapi itu amaran. Mereka akan terus mengorek,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Mengimbas kembali insiden Konvensyen UMNO Johor di Pulau Sibu pada 13 Jun 1998, Puad berkata ketika itu Anwar yang juga Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri secara lantang menyahut seruan Menteri Besar Johor ketika itu, Tan Sri Abdul Ghani Othman untuk menolak amalan nepotisme.
Jelas beliau, kenyataan Anwar dalam konvensyen berkenaan mungkin menjadi titik mula kepada ketegangan antara kedua-dua tokoh negara itu.
“Semasa berucap, Anwar menyeru ‘ayuh semua, sebelum kita terlambat, sebelum apa yang berlaku di negara jiran berlaku di negara kita, maka kita perlu bangkit melakukan reformasi’, merujuk kepada demonstrasi jalanan besar-besaran di Indonesia ketika itu.
“Sudah tentu Mahathir rasa terancam dan kepanasan? Saya yakin itu punca Anwar mesti dipecat,” katanya.
Tambah Puad, Mahathir bijak mencari alasan yang boleh diterima rakyat dan ahli UMNO bagi memecat Anwar daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri pada September 1998.
“Liwat hanyalah sebab-musabab. Ia bukan alasan utama. Sebenarnya, Tun M tidak boleh terima keluarganya disentuh dan kemungkinan dia akan dilawan dalam pemilihan parti,” katanya.
Sabtu lalu, Perikatan Nasional (PN) menganjurkan perhimpunan ‘Turun Anwar’ di Dataran Merdeka bagi mendesak Anwar meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Perhimpunan yang dihadiri hampir 20,000 peserta itu turut disertai Tun Dr Mahathir serta beberapa pemimpin pembangkang lain. Dalam ucapannya, Mahathir secara terbuka meminta Anwar meletakkan jawatan.
Berita berkaitan
July 29, 2025, 6:54 pm
Polis siasat hantaran fitnah terhadap artis lelaki terkenal
July 29, 2025, 6:39 pm
Malaysia tidak agresif dalam isu Laut Sulawesi – Anwar
July 29, 2025, 6:16 pm
Anggota polis wanita maut nahas libatkan kereta langgar lampu merah di Iskandar Puteri
July 29, 2025, 5:59 pm
Bedah siasat sahkan budak ditanam dalam belukar mati dijerat 'cable tight' - Polis
July 29, 2025, 4:51 pm
Kanak-kanak bawah 13 tahun mungkin dilarang miliki akaun media sosial - Fahmi
July 29, 2025, 4:07 pm
Hutang kerajaan cecah RM1.3 trilion tampung perbelanjaan pembangunan
July 29, 2025, 3:07 pm
Nama kena petik, bekas Pengetua SMKA Tun Datu Mustapha nafi terlibat kes Zara Qairina
July 29, 2025, 2:42 pm
Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad dilantik Pengerusi The BrandLaureate
July 29, 2025, 2:33 pm