Berita Berita
(VIDEO) Kementerian Luar pantau situasi tsunami di Jepun, rakyat Malaysia dinasihat berwaspada

KUALA LUMPUR 30 Julai – Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo sedang memantau dengan teliti situasi di Jepun susulan amaran tsunami yang dikeluarkan Agensi Meteorologi Jepun awal pagi Rabu.
Dalam kenyataan media hari ini, Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia di kawasan terlibat supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi semua arahan keselamatan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan, serta mendapatkan maklumat melalui saluran rasmi kerajaan Jepun.
KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH
“Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat insiden tersebut.
“Bagaimanapun, semua warga Malaysia yang menetap atau berada di kawasan terbabit digesa untuk mendaftar dengan Kedutaan dan kekal berhubung rapat bagi memastikan bantuan dapat disalurkan tepat pada masanya jika diperlukan,” menurut kenyataan itu.
Terdahulu, Jepun dan Amerika Syarikat mengeluarkan amaran tsunami selepas gempa bumi kuat berukuran 8.7 magnitud menggegarkan Semenanjung Kamchatka, Rusia.
Agensi Meteorologi Jepun memberi amaran bahawa gelombang tsunami setinggi tiga meter dijangka melanda pantai timur Jepun yang menghadap Lautan Pasifik, termasuk wilayah Hokkaido timur, Semenanjung Boso, Kepulauan Ogasawara, Shizuoka, Semenanjung Kii dan Prefektur Miyazaki.
Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo boleh dihubungi di alamat 20-16, Nanpeidai-cho, Shibuya-ku, 150-0036 Tokyo atau melalui talian +81-3-3476-3840 dan +81-80-4322-3366 (kecemasan), serta e-mel: mwtokyo@kln.gov.my atau consular.tyo@kln.gov.my.
– Media Telus
Berita berkaitan
July 31, 2025, 1:33 pm
Bayi 7 bulan ditemui maut dengan kesan lebam satu badan, polis tahan ibu bapa angkat
July 31, 2025, 12:52 pm
Trump tangguh pengumuman tarif, sah hadir Sidang ASEAN di KL
July 31, 2025, 10:58 am
Subsidi telur ayam tamat bermula esok, kerajaan perkenal telur gred khas harga berpatutan
July 31, 2025, 10:26 am
Sindiket seludup besi buruk, e-waste: SPRM geledah 28 syarikat, kerugian cukai cecah RM950 juta
July 31, 2025, 9:25 am
RUU Pendidikan (Pindaan) 2025 lulus, pendidikan menengah kini wajib
July 31, 2025, 8:23 am
Lagu tema 'Malaysia Madani Rakyat Disantuni' wajib dimainkan di semua pejabat kerajaan
July 31, 2025, 8:16 am
Anwar–Prabowo sepakat ASEAN perlu kekal bersatu hadapi cabaran geopolitik
July 31, 2025, 8:04 am
Tukar baju ketika transit elak dicekup, 9 rakyat India ditahan di KLIA
July 31, 2025, 7:24 am
Negara hadapi cuaca panas dan hujan berkurangan sepanjang Monsun Barat Daya
July 31, 2025, 7:15 am