Berita Berita
Subsidi telur tamat 1 Ogos, bekalan dijamin stabil – Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR 30 Julai – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bahawa bekalan telur ayam akan kekal stabil dan mencukupi walaupun subsidi telur ditamatkan sepenuhnya bermula 1 Ogos ini.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pihak kementerian sentiasa menjalankan perbincangan bersama pengusaha dan pengeluar telur bagi memastikan kestabilan bekalan di pasaran.
“Sekiranya berlaku kekurangan, terutamanya di kawasan luar bandar, kerajaan akan segera campur tangan untuk menstabilkan semula bekalan.
“Tindakan ini sama seperti pendekatan yang kita ambil terhadap subsidi ayam sebelum ini. Setakat ini, tiada tanda-tanda kenaikan harga telur selepas subsidi ditamatkan,” katanya selepas menjadi tetamu program Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3 di Balai Berita Bangsar, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad (MPB), Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid; Ketua Pegawai Operasi Media Prima OMNIA, Datuk Mohd Efendi Omar; dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Media Prima, Rosli Sabarudin.
Untuk rekod, bermula 1 Mei lalu, kadar subsidi telur dikurangkan daripada RM0.10 kepada RM0.05 sebiji, sebelum ditamatkan sepenuhnya pada 1 Ogos.
KPKM dalam kenyataan terdahulu menjelaskan bahawa keputusan menamatkan subsidi dibuat selepas mengambil kira komitmen industri untuk memastikan bekalan telur ayam mencukupi, memandangkan kos pengeluaran kini berada pada paras stabil.
Selain itu, kementerian berpendapat pemberian subsidi yang terlalu lama adalah tidak mampan kepada kelangsungan industri telur tempatan dan beban kewangan negara.
Langkah penyasaran semula subsidi juga disifatkan lebih adil, kerana subsidi sedia ada turut dinikmati oleh warga asing dan golongan berpendapatan tinggi. – Media Telus
Berita berkaitan
July 31, 2025, 2:33 pm
RMK13: Prasekolah akan diwajibkan seawal 5 tahun
July 31, 2025, 1:33 pm
Bayi 7 bulan ditemui maut dengan kesan lebam satu badan, polis tahan ibu bapa angkat
July 31, 2025, 12:52 pm
Trump tangguh pengumuman tarif, sah hadir Sidang ASEAN di KL
July 31, 2025, 10:58 am
Subsidi telur ayam tamat bermula esok, kerajaan perkenal telur gred khas harga berpatutan
July 31, 2025, 10:26 am
Sindiket seludup besi buruk, e-waste: SPRM geledah 28 syarikat, kerugian cukai cecah RM950 juta
July 31, 2025, 9:25 am
RUU Pendidikan (Pindaan) 2025 lulus, pendidikan menengah kini wajib
July 31, 2025, 8:23 am
Lagu tema 'Malaysia Madani Rakyat Disantuni' wajib dimainkan di semua pejabat kerajaan
July 31, 2025, 8:16 am
Anwar–Prabowo sepakat ASEAN perlu kekal bersatu hadapi cabaran geopolitik
July 31, 2025, 8:04 am
Tukar baju ketika transit elak dicekup, 9 rakyat India ditahan di KLIA
July 31, 2025, 7:24 am