Berita Berita
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi di Kamchatka

KUALA LUMPUR 30 Julai – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan bahawa tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia susulan kejadian gempa bumi kuat yang berlaku di luar pantai timur Kamchatka, Rusia awal pagi tadi.
Menurut kenyataan MetMalaysia, gempa bumi itu berlaku pada jam 7.24 pagi waktu Malaysia, dengan kedalaman 42 kilometer dan terletak kira-kira 107 kilometer tenggara dari Petropavlovsk Kamchatskiy, Rusia.
Sementara itu, Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gempa tersebut berukuran magnitud 8.7 dan berlaku 126 kilometer ke timur-tenggara Petropavlovsk-Kamchatsky.
Susulan kejadian itu, beberapa negara termasuk Jepun, Amerika Syarikat, Filipina dan Indonesia dilaporkan telah mengeluarkan amaran tsunami sebagai langkah berjaga-jaga. – Media Telus
Berita berkaitan
July 31, 2025, 2:33 pm
RMK13: Prasekolah akan diwajibkan seawal 5 tahun
July 31, 2025, 1:33 pm
Bayi 7 bulan ditemui maut dengan kesan lebam satu badan, polis tahan ibu bapa angkat
July 31, 2025, 12:52 pm
Trump tangguh pengumuman tarif, sah hadir Sidang ASEAN di KL
July 31, 2025, 10:58 am
Subsidi telur ayam tamat bermula esok, kerajaan perkenal telur gred khas harga berpatutan
July 31, 2025, 10:26 am
Sindiket seludup besi buruk, e-waste: SPRM geledah 28 syarikat, kerugian cukai cecah RM950 juta
July 31, 2025, 9:25 am
RUU Pendidikan (Pindaan) 2025 lulus, pendidikan menengah kini wajib
July 31, 2025, 8:23 am
Lagu tema 'Malaysia Madani Rakyat Disantuni' wajib dimainkan di semua pejabat kerajaan
July 31, 2025, 8:16 am
Anwar–Prabowo sepakat ASEAN perlu kekal bersatu hadapi cabaran geopolitik
July 31, 2025, 8:04 am
Tukar baju ketika transit elak dicekup, 9 rakyat India ditahan di KLIA
July 31, 2025, 7:24 am