TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

RM11.3 bilion pelaburan sektor pembuatan dilulus di bawah kerajaan MADANI

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 30 Julai – Kerajaan MADANI terus menarik keyakinan pelabur apabila sebanyak RM11.3 bilion pelaburan dalam sektor pembuatan telah diluluskan setakat ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, pelaburan itu melibatkan 11 pengilang yang kini telah memulakan operasi di pelbagai lokasi seluruh negara.

“Ini baru sebahagian syarikat yang sudah beroperasi. Kalau dicampur dengan kilang yang masih dalam pembinaan, jumlahnya akan lebih besar,” katanya menerusi satu video yang dimuat naik di akaun media sosial miliknya.

Antara syarikat yang telah memulakan operasi termasuk INV New Material Technology (M) Sdn Bhd di Pulau Pinang dengan pelaburan RM3.2 bilion serta Alliance Contract Manufacturing Sdn Bhd di Pulau Pinang dan Kedah berjumlah RM1.5 bilion.

Turut tersenarai ialah Chery Corporate Malaysia Sdn Bhd di Selangor (RM1.4 bilion), Dominant Opto Technologies Sdn Bhd di Melaka (RM1 bilion), dan Cosmx Technology Malaysia Sdn Bhd di Pulau Pinang dengan nilai pelaburan RM921 juta. – Media Telus

+ - reset