Berita Berita
Dua anggota polis direman 7 hari disyaki terima rasuah RM635,000 'tutup' kes judi

KUALA LUMPUR 30 Julai – Dua anggota polis ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini selepas disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM635,000 daripada seorang individu sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap aktiviti perjudian.
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu dikeluarkan Majistret Mohammad Izham Mohd Aliyas selepas permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor di Mahkamah Majistret Johor Bahru.
Menurut sumber, kedua-dua suspek ditahan kira-kira jam 2 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Johor.
“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek disyaki bersubahat meminta dan menerima wang rasuah secara tunai daripada seorang individu sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan berkaitan aktiviti perjudian,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Operasi SPRM Johor, Hairul Ilham Hamzah ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.
Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Berita berkaitan
July 31, 2025, 1:33 pm
Bayi 7 bulan ditemui maut dengan kesan lebam satu badan, polis tahan ibu bapa angkat
July 31, 2025, 12:52 pm
Trump tangguh pengumuman tarif, sah hadir Sidang ASEAN di KL
July 31, 2025, 10:58 am
Subsidi telur ayam tamat bermula esok, kerajaan perkenal telur gred khas harga berpatutan
July 31, 2025, 10:26 am
Sindiket seludup besi buruk, e-waste: SPRM geledah 28 syarikat, kerugian cukai cecah RM950 juta
July 31, 2025, 9:25 am
RUU Pendidikan (Pindaan) 2025 lulus, pendidikan menengah kini wajib
July 31, 2025, 8:23 am
Lagu tema 'Malaysia Madani Rakyat Disantuni' wajib dimainkan di semua pejabat kerajaan
July 31, 2025, 8:16 am
Anwar–Prabowo sepakat ASEAN perlu kekal bersatu hadapi cabaran geopolitik
July 31, 2025, 8:04 am
Tukar baju ketika transit elak dicekup, 9 rakyat India ditahan di KLIA
July 31, 2025, 7:24 am
Negara hadapi cuaca panas dan hujan berkurangan sepanjang Monsun Barat Daya
July 31, 2025, 7:15 am