Berita Berita
Cerita Zara Qairina dimasukkan dalam mesin basuh, siap ada rakaman CCTV hanya spekulasi tidak berasas – Peguam
KOTA KINABALU 6 Ogos – Pasukan peguam yang mewakili Noraidah Lamat, ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, menafikan dakwaan bahawa remaja berusia 13 tahun itu pernah dimasukkan ke dalam mesin basuh seperti yang tersebar di media sosial baru-baru ini.
Peguam Hamid Ismail dan Shahlan Jufri dalam kenyataan pada Rabu menegaskan, dakwaan yang tular menerusi sebuah video adalah semata-mata spekulasi tanpa sebarang asas kukuh.
“Video seorang wanita yang menceritakan tentang Zara dimasukkan ke dalam mesin basuh adalah satu spekulasi. Anak guam kami, iaitu ibu kepada Zara (Noraidah), tidak pernah memberi maklumat sedemikian kepada sesiapa.
“Kami memohon agar wanita berkenaan menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak polis bagi tujuan siasatan,” katanya.
Mereka turut mempersoalkan penyebaran gambar kronologi yang menunjukkan Zara hanya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) pada jam 8 pagi, 16 Julai lalu, dengan menyatakan maklumat tersebut juga tidak datang daripada pihak keluarga mangsa.
“Maklumat yang membentuk kronologi itu bukan datang daripada anak guam kami,” katanya lagi.
Sebelum ini, sebuah video memaparkan seorang wanita mendakwa Zara telah dimasukkan ke dalam mesin basuh mencetuskan kemarahan orang ramai serta pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Rakaman itu dikaitkan dengan kematian tragik Zara Qairina yang dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama di sebuah sekolah agama di Papar. Pelajar Tingkatan Satu itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.
Berita berkaitan
May 19, 2026, 4:48 pm
KPM peruntuk RM169 juta sedia tablet untuk murid sekolah rendah
May 19, 2026, 3:01 pm
Kad janji temu bahasa Cina, KKM jamin ambil tindakan sewajarnya
May 19, 2026, 2:18 pm
'Pastikan Pandan terus kekal milik PKR' - Anwar
May 19, 2026, 2:06 pm
Pemandu lori didakwa rotan, tampar anak tiri hingga cedera kerana mahu ke sekolah awal
May 19, 2026, 1:09 pm
Bekas pengarah JANS didapati bersalah kes pengubahan wang haram
May 19, 2026, 12:58 pm
Gajah Pygmy Borneo mati dibunuh, kepala dan gading dilarikan pemburu haram
May 19, 2026, 12:44 pm
