TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kerajaan tuntut ganti rugi lebih RM1 bilion kes kegagalan bekalan sistem NSM LCS

By
|
Kongsi
image

 

MANJUNG 19 Mei – Kerajaan Malaysia telah mengemukakan tuntutan ganti rugi berjumlah lebih RM1 bilion terhadap sebuah syarikat pertahanan dari Norway selepas kegagalan membekalkan sistem peluru berpandu antikapal (NSM) bagi projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Menteri Pertahanan, Mohamed Khalled Nordin berkata tindakan itu diambil susulan kegagalan syarikat berkenaan melaksanakan kontrak selepas kerajaan Norway menarik balik lesen eksport sistem pertahanan tersebut secara unilateral.

Beliau berkata, Malaysia sebelum ini telah membuat bayaran sebanyak €126 juta (RM583 juta), iaitu kira-kira 95 peratus daripada nilai kontrak yang dipersetujui.

“Semalam, kami telah menghantar notis kepada syarikat Norway itu. Kami menuntut kos langsung dan tidak langsung.

“Kos langsung berjumlah €126 juta, iaitu jumlah yang telah kami bayar kepada mereka,” katanya.

Menurut beliau, tuntutan kerajaan turut merangkumi kos tidak langsung yang ditanggung akibat kegagalan pelaksanaan kontrak berkenaan.

Langkah itu menurutnya menunjukkan pendirian tegas kerajaan dalam memastikan setiap kerugian negara akibat kegagalan kontrak pertahanan dapat dituntut semula daripada pihak bertanggungjawab.

+ - reset