Berita Berita
Orang ramai disaran daftar MyDigital ID segera, akses MyJPJ dan MyBayar PDRM lebih lancar
PUTRAJAYA 19 Ogos - Orang ramai disarankan untuk mendaftar MyDigital ID segera bagi memastikan akses kepada dua platform utama kerajaan, iaitu MyJPJ dan MyBayar PDRM, berjalan lancar apabila kaedah log masuk tunggal dikuatkuasakan sepenuhnya dalam masa terdekat.
Ketua Pegawai Eksekutif MyDigital ID, Nik Hisham Nik Ibrahim, berkata kedua-dua platform berkenaan telah diintegrasikan dengan MyDigital ID, namun buat masa ini pengguna masih boleh memilih untuk log masuk menggunakan kata laluan sedia ada atau MyDigital ID.
“Penggunaan MyDigital ID sebagai log masuk tunggal menjanjikan satu era baharu pengesahan identiti digital yang lebih mudah, selamat dan telus.
"Kami komited untuk memastikan setiap pengguna mendapat kemudahan maksimum dengan tahap keselamatan tinggi sekali gus mempercepat transformasi digital negara secara inklusif dan berdaya tahan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Bagaimanapun, apabila pelaksanaan log masuk tunggal bermula kelak, pengguna diwajibkan log masuk menggunakan MyDigital ID sahaja untuk mengakses perkhidmatan terbabit.
Bagi pengguna warga asing yang menggunakan MyBayar PDRM, kaedah log masuk sedia ada masih dikekalkan.
Perkhidmatan MyJPJ merangkumi semakan kelayakan Program Khas Peralihan Kelas B, permohonan dan pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM), pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM), semakan mata demerit, status senarai hitam, semakan saman, pembayaran saman (kecuali kes senarai hitam) serta e-Aduan.
MyBayar PDRM pula melibatkan semakan dan pembayaran saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Nik Hisham menjelaskan, MyDigital ID mengesahkan identiti pengguna secara tepat melalui pangkalan data kerajaan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), tanpa menyimpan sebarang data peribadi.
Katanya, langkah itu bukan sahaja meningkatkan keselamatan transaksi digital, malah memastikan pengalaman pengguna lebih mudah dan dipercayai tanpa perlu mengingati banyak kata laluan.
Selaras dengan itu, MyDigital ID turut memperkenalkan ciri pengesahan biometrik tempatan yang membolehkan pengguna log masuk lebih pantas dan selamat menggunakan cap jari atau pengecaman wajah pada peranti masing-masing.
“Ciri ini amat memudahkan khususnya bagi pengguna yang sering terlupa kata laluan. Untuk mengaktifkannya, pengguna hanya perlu mengemas kini aplikasi MyDigital ID ke versi terbaharu dan membuat tetapan biometrik,” jelasnya.
Setakat ini, MyDigital ID mencatatkan lebih tiga juta pengguna, dengan lebih 45 platform perkhidmatan kerajaan dan swasta telah berintegrasi dengan sistem pengesahan identiti digital itu. - Media Telus
Berita berkaitan
September 17, 2026, 5:58 pm
‘Tenang-tenang Pak’ – Anwar puji pemimpin Sabah, Sarawak depan Zahid
September 17, 2026, 4:55 pm
‘Kalau tak lagi iktiraf Tuanku Muhriz, letak jawatan’ – Loke cabar Exco Negeri Sembilan
September 17, 2026, 4:54 pm
Altimet gesa platform e-hailing, p-hailing perkenal kadar potongan lebih adil
September 17, 2026, 4:47 pm
Ab Rauf enggan campur tangan cadangan pembahagian kerusi DAP di Melaka
September 17, 2026, 4:41 pm
Mahdzir bidas PH, tegaskan pengampunan hak prerogatif Agong berteraskan Perlembagaan
September 17, 2026, 2:34 pm
Arus kuat di Crystal Bay, wanita Malaysia maut ketika selam skuba di Bali
September 17, 2026, 1:55 pm
‘Servis cepat, satu jam dah boleh dapat MyKad baru’ – Rakyat puji JPN bersedia awal urus pertukaran MyKad baharu
September 17, 2026, 1:54 pm
Polis siasat remaja 14 tahun pandu kereta rempuh dua kenderaan di Taman Chai Leng
September 17, 2026, 1:37 pm
Imigresen gempur premis kediaman dan perniagaan di Kluang, 25 warga asing ditahan
September 17, 2026, 1:25 pm
