Berita Berita
Ular sawa batik disimpan tanpa lesen sah dirampas di Bukit Cherakah
SHAH ALAM 29 Ogos – Seekor ular sawa batik yang dipercayai dipelihara tanpa lesen sah dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Bukit Cherakah, di sini, pada Khamis.
Tangkapan itu dilakukan menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang digerakkan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Bukit Aman bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor pada jam 11.30 pagi.
Komander PSP, Senior Asisten Komisioner Rosli Md Yusof berkata, pemeriksaan menemui seekor ular sawa batik yang merupakan hidupan liar dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
Menurutnya, seorang wanita berusia 42 tahun turut diperiksa bagi membantu siasatan.
“Hidupan liar bernilai RM1,500 itu telah disita oleh pegawai Perhilitan bagi mengelakkan sebarang risiko salah guna serta memastikan pematuhan undang-undang.
“Ada individu menjadikan ular sawa sebagai hobi kerana rupa bentuknya yang unik, saiz besar dan dianggap ‘rare’, selain sebagai simbol eksotik, koleksi peribadi atau daya tarikan,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
Beliau menegaskan operasi bersepadu itu membuktikan komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras jenayah berkaitan hidupan liar.
“Kerjasama strategik bersama Perhilitan ini akan diteruskan bagi memastikan tiada pihak tidak bertanggungjawab mengeksploitasi khazanah alam negara.
“Operasi OBK menzahirkan komitmen PDRM bersama agensi berkaitan dalam menjaga kelestarian biodiversiti negara selaras dengan undang-undang,” ujarnya. - Media Telus
Berita berkaitan
April 11, 2026, 7:24 pm
Warga Singapura ditahan isi RON95 di JB, kes pertama sejak larangan berkuat kuasa
April 11, 2026, 6:02 pm
Malaysia berdepan tempoh kritikal Jun hingga Julai ini - Menteri Ekonomi
April 11, 2026, 5:13 pm
13 budak ditahan bergaduh depan sekolah di JB
April 11, 2026, 4:58 pm
Kejohanan Futsal B-17 Sarawak platform cungkil bakat ke Sukma 2026 - Mordi
April 11, 2026, 12:51 pm
Polis sahkan suspek conteng kalimah Allah pada dinding tokong sakit mental
April 10, 2026, 6:49 pm
Hannah Yeoh cadang orang ramai masuk KL lebih awal kurangkan sesak waktu puncak
April 10, 2026, 5:29 pm
Polis sahkan pegawai berpangkat DSP ditahan disyaki dalang kes samun RM4.4 juta
April 10, 2026, 5:14 pm
