Berita Berita
Tiada pendaftaran diperlukan untuk tebus SARA RM100 – Teo Nie Ching
SHAH ALAM 11 Sept – Orang ramai tidak perlu membuat sebarang pendaftaran bagi menebus Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 seperti yang ditularkan di media sosial.
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching menegaskan, bantuan itu diberikan secara automatik kepada semua warganegara berusia 18 tahun ke atas, termasuk mereka yang bakal mencapai umur tersebut sehingga hujung tahun ini.
“Ada mesej tular kononnya perlu daftar untuk dapat RM100 SARA, tetapi sebenarnya tidak perlu. Semua yang layak hanya perlu membawa MyKad ke kedai-kedai yang menyertai program MyKasih untuk berbelanja menggunakan bantuan itu.
“Saya harap rakyat tidak bimbang kerana memang tidak perlu buat apa-apa pendaftaran,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Kempen Internet Selamat Kepada SJKT Peringkat Wilayah Tengah di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Teo berkata aduan mengenai hantaran palsu berhubung SARA telah dimaklumkan kepada Kementerian Kewangan (MOF) sebelum disalurkan kepada platform media sosial terlibat untuk tindakan penurunan kandungan.
Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan proses pendaftaran kad SIM prabayar di Malaysia akan menggunakan MyDigital ID sepenuhnya bagi mengehadkan pemilikan nombor prabayar serta mengelakkan penyalahgunaan untuk penipuan. - Media Telus
Berita berkaitan
November 2, 2026, 12:05 pm
‘Laporkan terus jika syak pusat sembelihan langgar piawaian halal’ - Amirudin
November 2, 2026, 10:21 am
Polis siasat sekumpulan individu larikan penghuni pusat pemulihan dadah, arak di Klang
November 2, 2026, 10:04 am
Dana Inovasi Media 2.0 pemangkin daya saing industri, perkasakan keutuhan kewartawanan
November 2, 2026, 9:56 am
Masih ada rakyat Malaysia tak fasih bahasa Melayu walaupun negara sudah 69 tahun merdeka - Kok Seong
November 2, 2026, 9:36 am
Najib belum jelaskan denda RM50 juta - Peguam Negara
November 1, 2026, 6:57 pm
Abdul Hadi titip doa buat Tun Siti Hasmah lepas ziarah Tun M
November 1, 2026, 6:42 pm
ADUN Guar Chempedak, anak terlibat kemalangan
November 1, 2026, 2:34 pm
