Berita Sukan
PBSNT panggil penganjur Liga DUN Terengganu susulan insiden kekecohan penyokong

KUALA TERENGGANU 12 Sept – Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan memanggil pihak penganjur Liga Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu berhubung insiden kekecohan melibatkan penyokong semasa perlawanan Tanjung Sabtu FC menentang Paya Datu FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Rabu lalu.
Presiden PBSNT, Hishamuddin Abdul Karim berkata, pihaknya menunggu laporan penuh daripada penganjur memandangkan kejohanan itu bukan di bawah kelolaan persatuan berkenaan.
“Walaupun ia bukan anjuran PBSNT, kita akan tetap memanggil pihak penganjur untuk membentangkan laporan terperinci sebelum tindakan sewajarnya diambil.
“Pada masa sama, semua penganjur dinasihatkan memperkasakan SOP perlawanan serta memperketat kawalan keselamatan di pintu masuk stadium,” katanya ketika dihubungi, Jumaat.
Menurutnya lagi, insiden berkenaan sepatutnya turut dilaporkan kepada polis agar siasatan dapat dijalankan sekali gus mengelakkan keganasan di tempat awam.
Terdahulu, aksi perlawanan berkenaan dihentikan pada minit ke-82 selepas segelintir penyokong bertindak membaling mercun dan menyalakan suar di stadium, menyebabkan pengadil serta pemain terpaksa meninggalkan padang.
Rakaman insiden berdurasi 21 saat itu kemudiannya tular di media sosial sejak Khamis. - Media Telus
Berita berkaitan
September 15, 2025, 7:59 am
Kinoshi mahu Selangor FC tiru ketahanan Liverpool hadapi jadual padat
September 14, 2025, 10:52 am
Cristiano Ronaldo dinobat pemain terbaik sepanjang zaman
September 9, 2025, 2:59 pm
Jurulatih Palestin akui keampuhan Malaysia, enggan jadikan kecederaan alasan kekalahan
September 9, 2025, 7:35 am
Harimau Malaya tamat penantian 23 tahun, tewaskan Palestin hasil jaringan Joao Figueiredo
September 7, 2025, 10:35 am
Berdepan masalah rumah tangga, Harimau Malaya hantar Faisal Halim pulang
September 2, 2025, 2:47 pm
KDA FC diperintah bayar lebih RM353,000 kepada bekas pemain import, Sony Norde
September 2, 2025, 11:20 am
Pemain badminton negara terima ganjaran tambahan selepas kejayaan di Paris
August 31, 2025, 8:10 pm
Hadiah buat Malaysia, Tang Jie-Ee Wei rangkul kejuaraan dunia pertama
August 31, 2025, 10:35 am