TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Ada buaya di Sungai Kampung Paya Luboh, bomba nasihat penduduk berhati-hati

By
|
Kongsi
image

MELAKA 17 Sept – Kehadiran seekor buaya sepanjang kira-kira 2.7 meter di tebing sungai Kampung Paya Luboh, Tangga Batu, dekat sini tengah hari semalam, mencetuskan kebimbangan penduduk.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Zuraidi Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang penduduk pada jam 11.47 pagi.

“Seramai lapan anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi dan sejurus tiba, pasukan mendapati reptilia itu berada di tebing sungai berhampiran jalan kampung.

“Buat masa ini, tiada ancaman terus kepada penduduk, namun orang ramai dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan sungai berkenaan demi keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Zuraidi, keadaan tebing sungai yang tinggi menyukarkan pasukan operasi menangkap haiwan berkenaan. Justeru, pemantauan dilakukan sehingga keadaan disahkan terkawal.

Beliau berkata, kes tersebut telah dirujuk kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka untuk tindakan lanjut kerana melibatkan hidupan liar.

Operasi berakhir pada jam 12.40 tengah hari selepas pasukan bomba memastikan kawasan berkenaan berada dalam keadaan selamat. 

+ - reset