Berita Berita
Lori treler dipandu Alif Syukri terbabas, rempuh pos kawalan Felda Kechau

LIPIS 18 Sept. – Seorang pemandu lori treler, Alif Syukri Mohd Shamsuddin, 28, dan seorang penunggang motosikal cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 5 Jalan Bandar Baru-Felda Kechau, di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, kejadian kira-kira jam 9.50 pagi itu berlaku ketika lori treler tanpa muatan dipandu mangsa hilang kawalan lalu merempuh sebuah kereta serta pos kawalan polis bantuan Felda Kechau 8.
“Ketika itu, sebuah kereta dan motosikal ditunggang Udan Angah, 28, berada di tepi pos kawalan berkenaan. Rempuhan menyebabkan atap dan dinding pos runtuh menghempap motosikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Akibat insiden itu, pemandu lori dan penunggang motosikal mengalami kecederaan, manakala pemandu kereta terselamat tanpa sebarang kecederaan.
Kedua-dua mangsa dirawat di Hospital Kuala Lipis dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ismail turut menyeru saksi tampil membantu siasatan serta mengingatkan pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan memastikan kenderaan diselenggara dengan baik. - Media Telus
Berita berkaitan
September 22, 2025, 9:40 pm
Tambang RM60 jadi RM800, insiden 'ulat teksi' tipu pelancong asing cemar imej negara - Anthony Loke
September 22, 2025, 9:26 pm
'Mangsa rogol tak boleh dihukum bersama pelaku' – Guan Eng desak Ketua Polis Kelantan mohon maaf
September 22, 2025, 5:37 pm
Subsidi BUDI95: Tak perlu risau, kerajaan tanggung kos tukar cip MyKad rosak
September 22, 2025, 5:12 pm
Dua polis dipenjara, denda terima rasuah RM800 daripada polis lain sebagai habuan tak lapor kesalahan khalwat
September 22, 2025, 4:56 pm
Pendakwa Raya dakwa mahkamah terkhilaf lepaskan Syed Saddiq, kemuka 28 alasan
September 22, 2025, 4:33 pm
Lelaki ditahan selepas video gangguan seksual di kedai mainan tular
September 22, 2025, 4:20 pm
JPJ saman 48 pemandu 'tak sabar' guna lorong kecemasan di Seremban
September 22, 2025, 4:19 pm
PDRM hargai pelaksanaan Budi95, anggap bukti keprihatinan kerajaan
September 22, 2025, 4:11 pm
Warga emas didenda RM2,500 kerana cubit pipi wanita
September 22, 2025, 4:01 pm