Berita Berita
Hati-hati, MetMalaysia keluar amaran hujan lebat, ribut petir di 9 negeri malam ini
KUALA LUMPUR 24 Sept – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk melibatkan hujan lebat, ribut petir serta angin kencang di sembilan negeri sehingga jam 7 malam.
Menurut kenyataan MetMalaysia, amaran itu membabitkan seluruh Pulau Pinang serta beberapa daerah di Kedah iaitu Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
Di Perak, kawasan terlibat ialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak serta Batang Padang.
Cuaca buruk turut dijangka melanda Kelantan (Jeli), Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu), Pahang (Tanah Tinggi Cameron) dan seluruh Negeri Sembilan.
Selain itu, beberapa kawasan lain turut diberi amaran termasuk Segamat dan Mersing di Johor, serta di Sarawak membabitkan daerah Sibu (Selangau) dan Bintulu (Tatau dan Sebauh).
MetMalaysia menasihatkan orang ramai supaya berwaspada, mengutamakan keselamatan serta merujuk kemas kini amaran cuaca dari semasa ke semasa.
Berita berkaitan
April 28, 2026, 8:25 pm
Pemandu van sekolah memandu lawan arus ditahan
April 28, 2026, 8:17 pm
582 pelajar MRSM Pendang dibenar PdPR susulan kejadian ribut
April 28, 2026, 8:09 pm
PN bakal keluarkan kenyataan bersama isu krisis Negeri Sembilan
April 28, 2026, 8:01 pm
James Chai selesai beri keterangan lapan jam di SPRM
April 28, 2026, 7:56 pm
Steven Sim sambut baik kemudahan SRF RM5 bilion sokong PMKS
April 28, 2026, 7:49 pm
PH kesal tindakan 14 ADUN BN tarik sokongan, sifatkan tidak hayati semangat Kerajaan Perpaduan
April 28, 2026, 7:45 pm
Lelaki didenda RM30,000 hina institusi kehakiman di Facebook
April 28, 2026, 7:40 pm
NRES adakan sidang media khas pencerahan isu gajah Dara, Amoi dan Kelat
April 28, 2026, 7:33 pm
Bekas Ketua Bersekutu Bersatu Johor cedera tertembak diri sendiri
April 28, 2026, 7:14 pm
