Berita Berita
Semak lesen memandu, pastikan nombor MyKad 12 digit tepat – Kementerian Kewangan
KUALA LUMPUR 29 Sept. – Orang ramai diingatkan supaya menyemak maklumat pada lesen memandu masing-masing bagi memastikan butiran data sepadan dengan format nombor MyKad 12 digit.
Kementerian Kewangan berkata, analisis bersama Kementerian Pengangkutan mendapati masih terdapat lesen memandu menggunakan nombor lama seperti nombor polis, tentera atau kad pengenalan lama yang tidak selaras dengan MyKad 12 digit.
“Selain memastikan lesen masih sah, pengguna juga perlu pastikan nombor MyKad 12 digit, nama pemegang lesen, kelas serta jenis kenderaan direkod dengan betul. Penyelarasan ini penting kerana maklumat lesen akan disemak silang dengan MyKad yang digunakan di terminal pembayaran stesen minyak untuk pengesahan kelayakan,” jelas kenyataan itu.
Dalam perkembangan lain, sistem BUDI95 kekal stabil pada hari kedua ia dibuka kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan lesen memandu aktif.
Menurut Kementerian Kewangan, hampir 500,000 daripada 6.1 juta penerima STR termasuk anggota ATM dan PDRM telah menggunakan BUDI95 di stesen minyak seluruh negara.
Sepanjang 28 September, sebanyak RM22.9 juta pembelian direkodkan melibatkan 11.5 juta liter petrol RON95 pada harga subsidi RM1.99 seliter.
Sistem itu akan diperluas kepada semua 16 juta rakyat Malaysia yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif mulai 30 September.
Sejak portal BUDI95 dilancarkan pada 25 September, seramai 8.6 juta pengguna telah membuat semakan kelayakan. Portal berkenaan kini turut mempunyai ciri semakan sejarah transaksi melalui pendaftaran MyDigital ID. - Media Telus
Berita berkaitan
September 17, 2026, 5:58 pm
‘Tenang-tenang Pak’ – Anwar puji pemimpin Sabah, Sarawak depan Zahid
September 17, 2026, 4:55 pm
‘Kalau tak lagi iktiraf Tuanku Muhriz, letak jawatan’ – Loke cabar Exco Negeri Sembilan
September 17, 2026, 4:54 pm
Altimet gesa platform e-hailing, p-hailing perkenal kadar potongan lebih adil
September 17, 2026, 4:47 pm
Ab Rauf enggan campur tangan cadangan pembahagian kerusi DAP di Melaka
September 17, 2026, 4:41 pm
Mahdzir bidas PH, tegaskan pengampunan hak prerogatif Agong berteraskan Perlembagaan
September 17, 2026, 2:34 pm
Arus kuat di Crystal Bay, wanita Malaysia maut ketika selam skuba di Bali
September 17, 2026, 1:55 pm
‘Servis cepat, satu jam dah boleh dapat MyKad baru’ – Rakyat puji JPN bersedia awal urus pertukaran MyKad baharu
September 17, 2026, 1:54 pm
Polis siasat remaja 14 tahun pandu kereta rempuh dua kenderaan di Taman Chai Leng
September 17, 2026, 1:37 pm
Imigresen gempur premis kediaman dan perniagaan di Kluang, 25 warga asing ditahan
September 17, 2026, 1:25 pm
