TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kejar ambulans, Bezza langgar lampu isyarat hingga lima kenderaan terlibat kemalangan

By
|
Kongsi
image

KULIM 30 Sept. – Tindakan seorang pemandu kereta Perodua Bezza yang mengekori ambulans membawa neneknya ke hospital berakhir dengan kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kulim Hi Tech, semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, kereta berkenaan melanggar lampu isyarat merah sebelum bertembung dengan Nissan Grand Livina dipandu seorang wanita berusia 36 tahun yang melalui laluan sah.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan berkata, perlanggaran itu menyebabkan Grand Livina terbalik lalu merempuh Proton Saga, Toyota Camry serta sebuah motosikal yang dinaiki dua pelajar kolej berusia 19 tahun.

Akibat insiden itu, pelajar lelaki yang menunggang motosikal mengalami patah buku lali kanan manakala pembonceng cedera di kaki dan tangan. Pemandu Bezza cedera di dada, manakala pemandu Grand Livina cedera di tangan serta kepala.

Bagaimanapun, pemandu Proton Saga dan Toyota Camry tidak mengalami kecederaan. - Media Telus

+ - reset