TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Ultras Malaya berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat bantah tindakan Israel

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 2 Okt. – Kemarahan rakyat Malaysia terhadap tindakan Israel ke atas sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) terus disuarakan melalui perhimpunan di Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara malam tadi.

Kumpulan Ultras Malaya, yang sinonim dengan pasukan bola sepak negara, tampil berarak menuju ke Kedutaan AS di Jalan Tun Razak sambil membawa sepanduk dan kain rentang.

Perarakan kira-kira 500 individu itu bermula dari Stesen LRT Ampang Park sekitar jam 9 malam sebelum berhimpun di hadapan pintu masuk utama kedutaan.

Mereka turut melaungkan kata-kata bantahan, menyanyikan lagu bertajuk Israel Bangsat serta menyalakan suar sebagai simbol protes.

Himpunan berkenaan menyebabkan lalu lintas di kedua-dua arah menuju ke Sungai Besi dan Jalan Pahang menjadi sesak.

Pihak polis turut memperketat kawalan di kawasan sekitar bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

+ - reset