Berita Berita
Imam Masjid Al Busyra umum letak jawatan selepas tujuh tahun berkhidmat

SUNGAI PETANI 3 Okt – Imam dan Pengerusi Masjid Al Busyra, Merbok, Ustaz Firdaus Firabib atau nama sebenarnya Mohd Firdaus Mat Akhir, 37, mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa hari ini.
Pengumuman itu dibuat menerusi rakaman video yang dimuat naik di akaun Facebook dan TikTok miliknya selepas selesai menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.
Firdaus yang memegang jawatan sejak tujuh tahun lalu mengakui keputusan berkenaan bukan mudah, namun berpendapat sudah tiba masanya memberi laluan kepada pelapis baharu.
“Selama tujuh tahun saya cuba mengorbankan perasaan, masa dan wang ringgit untuk pembangunan Masjid Al Busyra. Dengan ini saya umumkan peletakan jawatan sebagai imam dan pengerusi masjid berkuat kuasa hari ini,” katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, ahli jawatankuasa serta kariah masjid yang sentiasa memberi sokongan sepanjang tempoh perkhidmatannya.
Firdaus juga memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan sepanjang tempoh kepimpinannya.
Selain memegang jawatan di masjid, beliau dikenali sebagai Pengarah Urusan Firabib Group Sdn Bhd dan aktif di platform TikTok untuk tujuan dakwah serta pengumpulan dana. Sehingga kini, lebih RM42,000 hasil sumbangan ‘gift’ TikTok telah diinfakkan kepada masjid.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan operasi kedai nasi Arab, Al-Busyra Bistro, yang beroperasi dalam kawasan masjid akan ditamatkan pada 12 Oktober ini dan diserahkan semula kepada pihak masjid untuk diuruskan.
Katanya, meskipun tidak lagi memegang jawatan rasmi, beliau tetap akan membantu sehingga beberapa perancangan pembangunan masjid yang sedang dijalankan dapat diselesaikan.
Berita berkaitan
October 11, 2025, 7:23 pm
Saifuddin bakal jadi pengiring Donald Trump pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47
October 11, 2025, 6:56 pm
Peruntukan RM66.2 bilion bukti komitmen kerajaan angkat martabat pendidikan – Fadhlina
October 11, 2025, 6:02 pm
'Mak guard', kekasih ditahan disyaki cabul budak darjah 3 dalam tandas sekolah di Rembau
October 11, 2025, 5:13 pm
'Ini kes yang sangat serius' - KPM minta SKMM sekat video kes rogol pelajar Tingkatan 3 di Melaka
October 11, 2025, 4:05 pm
'Dah macam pegawai kebajikan' - Rafizi kritik agihan tunai Bantuan Awal Persekolahan hanya bebankan guru
October 11, 2025, 3:14 pm
Pelajar Tingkatan 3 dirogol bergilir-gilir dalam kelas sambil dirakam, KPM bakal ambil tindakan tegas
October 11, 2025, 12:33 pm
Remaja 15 tahun dipercayai dirogol dua senior dalam kelas, dirakam dua pelajar lain di Melaka
October 11, 2025, 11:23 am
Suami isteri maut, trap pikap terbabas ke longkang di LPT1
October 11, 2025, 11:12 am
Penumpang maut, bas ekspres terbabas rempuh papan tanda di Lebuhraya PLUS
October 11, 2025, 10:11 am