Berita Berita
Empat pelajar disyaki rogol rakan dalam kelas di Melaka dibuang sekolah serta-merta – KPM
PUTRAJAYA 13 Okt - Kesemua empat pelajar lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rogol pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Melaka telah dibuang sekolah serta-merta.
Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad, berkata keputusan itu dicapai selepas Lembaga Tatatertib Sekolah bersidang pagi tadi dan sebulat suara menjatuhkan hukuman terhadap keempat-empat suspek terbabit.
“Lembaga tatatertib bersidang dan telah menjatuhkan hukuman buang sekolah terhadap suspek,” katanya pada sidang akhbar khas di sini, hari ini.
Tindakan tersebut diambil susulan kejadian rogol beramai-ramai membabitkan pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sekolah berkenaan minggu lalu yang mencetuskan kemarahan masyarakat dan perhatian meluas pihak berkuasa serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Empat pelajar Tingkatan Lima berusia 17 tahun itu sebelum ini direman enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol secara berkumpulan.
Keputusan membuang kesemua suspek ini turut menandakan pendirian tegas KPM terhadap salah laku serius yang mencemarkan keselamatan dan integriti persekitaran sekolah. - Media Telus
Berita berkaitan
April 6, 2026, 12:08 pm
Timbalan Ketua Pengarah JAS didakwa lagi, mengaku tidak bersalah terima RM9,110
April 6, 2026, 10:39 am
Imigresen Kedah tahan 21 warga asing dalam Ops Kutip di pusat beli-belah Sungai Petani
April 6, 2026, 10:36 am
Pemandu lawan arus di Jalan Klang Lama ditahan
April 6, 2026, 10:23 am
'Ikon pantun Buletin TV3' – Fahmi Fadzil zahir takziah atas pemergian Karam Singh Walia
April 6, 2026, 10:05 am
Rempuh pagar dengan lori, polis buru kumpulan lelaki ceroboh pusat hiburan di Cheras
April 6, 2026, 8:28 am
Rakyat mahu PN mentadbir kerajaan semula - Peja
April 6, 2026, 7:42 am
Wartawan terkenal, Datuk Karam Singh Walia meninggal dunia pagi ini
April 5, 2026, 10:35 pm
Bekas Pelajar UM juara Kejohanan Catur Masjid India, puji penganjuran bertaraf tinggi
April 5, 2026, 8:48 pm
