Berita Berita
Kepimpinan cemerlang dalam ASEAN 2025, Ketua Pengarah ILO puji Steven Sim menteri buruh paling dinamik di Asia Tenggara
 
 
KUALA LUMPUR 22 Okt - Ketua Pengarah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Gilbert F. Houngbo, memuji Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, sebagai antara menteri buruh paling dinamik dan berwawasan di rantau ini, susulan kepimpinannya dalam memperjuangkan Tahun Kemahiran ASEAN 2025.
Menurut beliau, kepimpinan Malaysia melalui inisiatif itu mencerminkan komitmen kukuh kerajaan untuk memperkasakan tenaga kerja bagi menghadapi cabaran masa hadapan, selain menunjukkan kesediaan ILO menyokong Malaysia dan ASEAN dalam mencapai matlamat pembangunan kemahiran serantau.
“Inovasi teknologi, kecerdasan buatan, peralihan ke arah ekonomi hijau dan digital, perubahan demografi serta bentuk pekerjaan baharu sedang mengubah cara kita bekerja, belajar dan menghasilkan sesuatu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Forum Kemahiran Global: Tahun Kemahiran ASEAN 2025, yang diadakan di sini hari ini. Turut hadir ialah Steven Sim dan Naib Presiden Pertubuhan Majikan Antarabangsa (IOE), Matthias Thorns.
Houngbo berkata, walaupun transformasi tersebut membuka peluang besar untuk pertumbuhan dan peningkatan produktiviti, ia juga berisiko meningkatkan jurang ketidaksamaan sekiranya pekerja dan perusahaan tidak dibekalkan dengan kemahiran yang relevan.
Menurutnya, bagi ILO, pembangunan kemahiran dan pembelajaran sepanjang hayat merupakan teras utama masa hadapan pekerjaan berpaksikan manusia, kerana ia bukan sahaja kunci kepada produktiviti dan daya saing, tetapi juga keadilan sosial dan ketahanan ekonomi.
“Kerajaan perlu menyediakan dasar dan insentif yang sesuai serta melabur dalam pembangunan kemahiran.
Pertubuhan pekerja pula mesti memastikan latihan dijalankan secara adil dan mudah diakses, manakala majikan perlu menghubungkannya dengan keperluan ekonomi semasa,” katanya.
Beliau turut menekankan tiga bidang utama tindakan bersama yang mampu memberi impak besar terhadap pembangunan kemahiran masa depan:
- 
	Inovasi — Teknologi seperti kecerdasan buatan mengubah cara latihan dijalankan, justeru perlu dipastikan ia berpaksikan manusia, beretika dan inklusif. 
- 
	Keterangkuman — Setiap pekerja tanpa mengira jantina, umur, latar belakang atau status pekerjaan harus diberi peluang menambah kemahiran, termasuk pekerja sektor tidak formal, Orang Kurang Upaya (OKU) dan mereka di kawasan luar bandar. 
- 
	Pelaburan — Pembangunan kemahiran ialah pelaburan terbaik untuk masyarakat, memerlukan peruntukan belanjawan mencukupi, skim levi latihan serta pelaburan bersama antara kerajaan dan sektor swasta. 
Houngbo menambah, Strategi Kemahiran dan Pembelajaran Sepanjang Hayat ILO 2030 menyeru tindakan kolektif di peringkat global untuk menutup jurang kemahiran, memperkukuh dasar nasional dan memperluas kerjasama antarabangsa, agar keadilan sosial dapat dicapai secara menyeluruh.
“Kemahiran ialah pelaburan terbaik bagi mana-mana masyarakat. Ia memastikan setiap individu berpeluang belajar, berkembang dan menyumbang kepada kemajuan negara,” katanya.
Berita berkaitan
October 31, 2025, 8:50 pm
Pelajar Tingkatan Satu di Shah Alam cedera jatuh dari tingkat satu akibat putus cinta
October 31, 2025, 8:35 pm
'Interaksi media perlu dua hala dan adil' - Kor Ming pertahan tegur wartawan
October 31, 2025, 6:50 pm
GPMS cadang ‘hukuman rotan’ simbolik terhadap Nga Kor Ming
October 31, 2025, 6:44 pm
Kerajaan minta OMi jelaskan mekanisme verifikasi umur – Fahmi
October 31, 2025, 6:39 pm
Kerajaan pertimbang lesen dan pengesahan identiti untuk permainan dalam talian – Fahmi
October 31, 2025, 5:39 pm
Lelaki cuba terjun Jambatan Pulau Pinang gara-gara tertekan diberhentikan kerja
October 31, 2025, 4:26 pm
Kurang 0.5 peratus kes kemalangan maut berpunca daripada pemandu mabuk - Anthony Loke
October 31, 2025, 4:13 pm
Media berhak bertanya apa jua soalan kepada menteri – Fahmi
October 31, 2025, 3:24 pm

 
  
  
  
  
  
  
  
  
  
 