Berita Berita
Dua pegawai tentera didakwa cederakan Leftenan Muda di Kem Terendak
MELAKA 31 Okt – Dua pegawai tentera berpangkat Kapten mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang pegawai Leftenan Muda di Kem Terendak, Sungai Udang, Februari lalu.
Menurut laporan Bernama, kedua-dua tertuduh, Mohamad Solehudin Darus, 30, dan Ahmad Hazlan Haris Azman, 28, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa berusia 26 tahun di bahagian muka, belakang badan dan paha.
Insiden itu didakwa berlaku di hadapan mes pegawai Rejimen Pertama Artileri Diraja Para, Kem Terendak, antara jam 2.30 hingga 6 pagi pada 22 Februari lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Wan Abdullah Mohd Rodzlad mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 setiap seorangdengan syarat tambahan agar tertuduh tidak mengganggu mangsa atau saksi pendakwaan sepanjang kes berlangsung.
Bagaimanapun, peguam P. Shamala yang mewakili kedua-dua tertuduh merayu jaminan dikurangkan antara RM1,000 hingga RM2,000, dengan alasan anak guamnya menanggung keluarga serta telah lama berkhidmat dalam tentera tanpa sebarang rekod buruk.
Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman kemudian membenarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh, berserta syarat tambahan seperti dimohon pihak pendakwaan.
Mahkamah turut menetapkan 18 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Berita berkaitan
November 1, 2025, 10:35 am
Restoran di tingkat atas Menara 3 Petronas terbakar
October 31, 2025, 8:50 pm
Pelajar Tingkatan Satu di Shah Alam cedera jatuh dari tingkat satu akibat putus cinta
October 31, 2025, 8:35 pm
'Interaksi media perlu dua hala dan adil' - Kor Ming pertahan tegur wartawan
October 31, 2025, 6:50 pm
GPMS cadang ‘hukuman rotan’ simbolik terhadap Nga Kor Ming
October 31, 2025, 6:44 pm
Kerajaan minta OMi jelaskan mekanisme verifikasi umur – Fahmi
October 31, 2025, 6:39 pm
Kerajaan pertimbang lesen dan pengesahan identiti untuk permainan dalam talian – Fahmi
October 31, 2025, 5:39 pm
Lelaki cuba terjun Jambatan Pulau Pinang gara-gara tertekan diberhentikan kerja
October 31, 2025, 4:26 pm
Kurang 0.5 peratus kes kemalangan maut berpunca daripada pemandu mabuk - Anthony Loke
October 31, 2025, 4:13 pm
