Berita Berita
'Minuman alkohol hak orang bukan Islam' - Lip Eng sindir tubuh PAS Airlines jika mahu henti hidang arak
KUALA LUMPUR, 22 Okt - Ahli Parlimen DAP, Lim Lip Eng (PH–Kepong) menyindir desakan PAS supaya Malaysia Airlines (MAS) menghentikan hidangan alkohol dalam penerbangan dengan mencadangkan parti itu menubuhkan syarikat penerbangan sendiri sekiranya tidak bersetuju dengan dasar sedia ada.
Bercakap ketika perbahasan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini, Lim menyifatkan gesaan PAS itu sebagai tidak demokratik, dan menegaskan bahawa pengambilan minuman beralkohol adalah hak individu bukan Islam yang wajar dihormati dalam masyarakat majmuk.
“Syarikat penerbangan dari negara Islam seperti Emirates, Etihad dan Gulf Air pun menghidangkan alkohol.
“Kepada PAS, jika begitu tak suka, saya cadangkan tubuhkan syarikat sendiri, panggil PAS Airlines. Kita tengok berapa lama PAS Airlines boleh bertahan sebelum bankrap,” sindir beliau disambut ketawa dalam dewan.
Kenyataan Lim itu sebagai reaksi terhadap gesaan Ahli Parlimen PAS Hulu Selangor, Mohd Hasnizan Harun, minggu lalu yang mahu MAS menghentikan penyajian alkohol atas alasan ia menimbulkan dilema kepada pramugari dan penumpang beragama Islam.
“Ini bukan soal menafikan hak sesiapa, tetapi mengenai menghormati agama dan sensitiviti majoriti rakyat Malaysia,” kata Hasnizan ketika itu.
Isu hidangan alkohol dalam penerbangan MAS bukan perkara baharu. Pada 2017, Ketua Pemuda PAS ketika itu, Ahmad Fadhli Shaari, turut membuat gesaan serupa selepas seorang penumpang mabuk bertindak memasuki kokpit pesawat MAS dari Melbourne ke Kuala Lumpur, memaksa pesawat berpatah balik.
Sebagai perbandingan, Rayani Air, yang digelar syarikat penerbangan “halal pertama Malaysia”, hanya mampu bertahan lima bulan selepas berdepan isu keselamatan, pengurusan, mogok juruterbang dan kekurangan dana.
Dalam perkembangan berasingan, Lim turut menggesa polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)menyiasat kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN–Marang), yang mendakwa parti itu tidak menamakan calon perdana menteri kerana bimbang sabotaj terhadap individu berkenaan.
“Memandangkan kenyataan itu serius dan boleh jejaskan imej negara, saya minta pihak berkuasa ambil keterangan daripada Marang untuk kenal pasti individu atau kumpulan yang didakwa — atau adakah ia sekadar cerita dongeng untuk memperdaya penyokong PAS,” kata Lim.
Sebelum ini, Hadi mendakwa calon perdana menteri daripada PAS berisiko disabotaj, termasuk kemungkinan “jongkong emas atau dadah diletakkan dalam kenderaan” individu berkenaan bagi menghalang mereka daripada bertanding.
Berita berkaitan
October 27, 2025, 10:27 pm
Ibu jumpa anak 6 tahun parah dikelar ketika bangun tidur di Parit Raja
October 27, 2025, 4:12 pm
Polis siasat polis selepas video merokok dalam restoran tular
October 27, 2025, 4:05 pm
Dua anggota trafik cedera ketika iring delegasi ASEAN kini stabil – Bukit Aman
October 27, 2025, 3:59 pm
Sambutan keterlaluan terhadap Trump cemar pendirian Malaysia bela Palestin – Muhyiddin
October 27, 2025, 3:20 pm
Pelajar lelaki didakwa cabul rakan sekolah berdepan hukuman dihantar ke Sekolah Henry Gurney
October 27, 2025, 2:20 pm
Guru Matematik didakwa lagi cabul pelajar 14 tahun dalam kelas pendidikan khas
October 27, 2025, 1:53 pm
PGIRM kesal isu pengeluaran bersasar KWSP masih tiada keputusan selepas empat tahun
October 27, 2025, 1:43 pm
Lelaki didakwa pulas tangan ibu, ugut bunuh gara-gara enggan pinjam kereta
October 27, 2025, 1:34 pm
