Berita Berita
Polis tahan tukang masak wanita sebar video kemaluan lelaki OKU ‘Mat Tere’
KOTA BHARU 28 Okt - Seorang tukang masak wanita berusia 27 tahun ditahan polis selepas dipercayai terbabit menyebarkan video lucah membabitkan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dikenali sebagai Mat Tere, yang tular di media sosial minggu lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata suspek ditahan di Kuala Lumpur kelmarin dan kini direman empat hari bagi membantu siasatan.
“Wanita berkenaan bekerja di Kuala Lumpur dan kini ditahan reman. Suspek dijangka didakwa esok di Mahkamah Kota Bharu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Penahanan itu dibuat susulan laporan polis yang dikemukakan oleh mangsa, Muhammad Zul Apiz Baharum, 37, atau dikenali sebagai Mat Tere, selepas video berkenaan tular di media sosial.
Sebelum ini, tular rakaman video memaparkan Mat Tere menunjukkan kemaluannya ketika berinteraksi dengan seorang wanita dalam sesi siaran langsung di TikTok, dipercayai atas permintaan wanita tersebut.
Keluarga mangsa sebelum ini turut merayu orang ramai agar tidak mengambil kesempatan terhadap Mat Tere, yang juga merupakan seorang OKU, serta menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan semula video berkenaan.
Berita berkaitan
April 3, 2026, 9:41 pm
Campak ke dinding, lelaki ditahan dera anak kucing di dobi layan diri di Kajang
April 3, 2026, 9:17 pm
Selisih ajal, wanita tersepit bawah tren LRT berjaya diselamatkan bomba di Abdullah Hukum
April 3, 2026, 6:15 pm
Dua remaja maut, seorang parah kereta rempuh tembok konkrit di Lebuhraya Iskandar Sultan
April 3, 2026, 5:49 pm
Anwar lancar MADANI Mart, kedai komuniti harga rahmah pertama
April 3, 2026, 5:43 pm
Amirudin wakili Malaysia terajui delegasi Global Sumud Flotilla 2.0
April 3, 2026, 4:25 pm
Pemandu mabuk dipenjara 7 hari, didenda RM10,000
April 3, 2026, 3:34 pm
Empat sekeluarga termasuk ibu kandung didakwa bunuh budak perempuan di Taiping
April 3, 2026, 3:09 pm
