Berita Berita
17 bulan curi air, pemilik kilang ais terkenal Kelantan didenda RM50,000
KOTA BHARU 17 Nov - Seorang pemilik kilang ais terkenal di Kelantan didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati melakukan sambungan air secara haram bagi tujuan operasi pemprosesan ais batu di premisnya.
Menurut laporan Sinar Harian, Hakim Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohamad Yusrid Mohd Yusof, 34, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.
Nik Habri menegaskan perbuatan mencuri air adalah kesalahan serius yang tidak wajar berlaku dalam kalangan pengusaha.
“Ini syarikat besar, tak ada sebab untuk tidak membayar bil air.
“Hukuman ini sebagai amaran agar perbuatan seperti ini tidak berulang,” katanya.
Mengikut pertuduhan, Mohamad Yusrid sebagai penghuni di tapak kilang tersebut didakwa secara menyalahi undang-undang membuat sambungan ke paip air perkhidmatan tanpa kebenaran daripada pemegang lesen iaitu Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).
Kesalahan itu dilakukan di Jalan Padang Tembak, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, pada 7 Jun 2018.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 123(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) yang memperuntukkan denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.
Berdasarkan fakta kes, pemeriksaan AKSB menemui satu sambungan haram menggunakan paip polietilena berdensiti tinggi bersaiz 32 milimeter yang ditanam di bawah lapisan konkrit.
Sambungan itu menyalurkan air terawat ke dua tangki simpanan — satu di luar premis dan satu di dalam bangunan — yang digunakan sebagai sumber utama pemprosesan ais batu.
Ujian klorin terhadap sampel air dari sambungan tidak sah dan sampel dari tangki simpanan premis menunjukkan tindak balas kimia positif apabila air bertukar merah jambu, sekali gus mengesahkan ia adalah air dirawat AKSB.
Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Suhaidariah Ahmad, memohon hukuman setimpal kerana kesalahan itu dilakukan untuk tujuan komersial oleh syarikat yang mempunyai kemampuan kewangan, selain memberi kesan kepada kadar air tidak berhasil negeri.
“Kesalahan berlaku selama 17 bulan dan mengakibatkan kerugian air kepada AKSB dianggarkan sebanyak RM41,337.20,” katanya.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar denda dikurangkan.
Mahkamah kemudian mengekalkan denda RM50,000 dan memerintahkan tertuduh dipenjara 17 bulan sekiranya gagal membuat pembayaran.
Berita berkaitan
April 6, 2026, 11:51 pm
Tawaran ambil alih RM11 bilion Sunway gagal, pegangan IJM tidak cecah 50 peratus
April 6, 2026, 10:57 pm
Suhu 'aircond' minimum 24 darjah Celsius, penjawat awam digalak pakai batik setiap hari
April 6, 2026, 10:26 pm
JPN tak sekat rakyat guna MyKad untuk subsidi BUDI95 asalkan ikut undang-undang
April 6, 2026, 8:16 pm
Tragedi memancing di Sungai Kubang Rotan: Lelaki 24 tahun maut bot terbalik
April 6, 2026, 8:11 pm
90% pengilang jangka gangguan rantaian bekalan, FMM rayu subsidi diesel sektor pembuatan
April 6, 2026, 7:52 pm
'Tiada empati & membazir' – Nurul Izzah bidas konvoi motosikal PN ketika krisis tenaga
April 6, 2026, 7:47 pm
Agong, Raja Permaisuri santuni balu mangsa nahas pemandu mabuk di Klang
April 6, 2026, 7:44 pm
Kemarau berpanjangan: Kelantan lapor penyusutan paras air sungai, gesa rakyat berjimat
April 6, 2026, 7:40 pm
Selangor laksanakan BDR, tangguh lawatan luar negara & tubuh Pasukan Petugas Khas
April 6, 2026, 7:36 pm
