TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Budak 10 tahun ditemukan mati lemas di Gelang Patah

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

JOHOR BAHRU 14 Jun - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun ditemukan mati selepas terjatuh di Jeti Sungai Kampung Dapur Arang, Gelang Patah pada semalam.

Ketua Polis Iskandar Puteri berkata, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.40 petang.

"Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa bersama adik perempuannya, 6, serta rakan mereka bermain di jeti berkenaan.

"Mangsa kemudian telah tergelincir ketika sedang duduk di jeti dan terjatuh ke dalam sungai.

"Operasi pencarian telah dilakukan boma yang menemukan mangsa kira-kira lima meter dari jeti di kedalaman tiga meter dari paras sungai," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah Kumarasan, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat. - Media Telus

#LEMAS #MAUT #BUDAK #JOHOR

+ - reset