Berita Berita
Jaga-jaga, hujan sangat lebat berterusan landa Kelantan, Terengganu hingga esok - MetMalaysia
KUALA LUMPUR 25 Nov – Cuaca ekstrem yang melanda Pantai Timur sejak awal minggu terus menunjukkan tren membimbangkan apabila Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan sehingga esok, sekali gus meningkatkan risiko berlakunya banjir di kawasan rendah dan berhampiran sungai.
Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan beberapa kawasan di Kelantan termasuk Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh, serta daerah Besut di Terengganu, kini berada di bawah Amaran Bahaya (Merah) dengan hujan dijangka turun tanpa henti.
Selain itu, beberapa negeri lain turut diletakkan di bawah kategori Amaran Buruk (Jingga) melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, sebahagian kawasan Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama) serta wilayah lain di Kelantan dan Terengganu.
MetMalaysia juga mengeluarkan Amaran Waspada (Kuning) untuk Hulu Perak dan Manjung, Gua Musang, serta kawasan tanah tinggi dan pedalaman Pahang termasuk Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut dan Kuantan.
Jabatan itu menasihatkan penduduk, khususnya di kawasan berisiko banjir, supaya sentiasa peka terhadap arahan pihak berkuasa, mengelakkan laluan dinaiki air dan bersiap sedia menghadapi kemungkinan pemindahan.
Berita berkaitan
January 13, 2026, 11:06 pm
Tak sempat hadiri kursus, CEO syarikat, dua pekerja maut MPV dinaiki bertembung van di Gua Musang
January 13, 2026, 7:41 pm
Akmal Saleh luah isi hati kepada Ahmad Zahid
January 13, 2026, 7:34 pm
Najib kembali ke Mahkamah Tinggi bela diri dalam saman sivil SRC RM42 juta
January 13, 2026, 5:22 pm
Ahmad Zahid sahkan sudah bertemu Akmal Saleh
January 13, 2026, 5:15 pm
Hotel didakwa ‘gay friendly’ di Melaka tutup sementara operasi
January 13, 2026, 5:10 pm
KDN nafi imej reka bentuk pasport dan MyKad baharu tular di media sosial
January 13, 2026, 5:06 pm
MCMC bakal ambil tindakan undang-undang terhadap X dan xAI berhubung isu keselamatan Grok
January 13, 2026, 5:00 pm
Konstabel disyaki tampar penunggang motosikal dipanggil bertugas bantu operasi trafik
January 13, 2026, 2:39 pm
