Berita Berita
Lelaki dipenjara lima tahun cuba langgar, bunuh polis di stesen minyak di Klang
KLANG 25 Nov – Tindakan berbahaya seorang lelaki yang melarikan diri daripada pemeriksaan polis dengan melanggar seorang anggota sehingga terheret akhirnya membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
Hakim Sharifah Hascindie Syed Omar menjatuhkan hukuman terhadap Mohammad Arif Selamat, 33, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan cubaan membunuh anggota polis itu dalam kejadian di sebuah stesen minyak pada 12 November lalu.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 13 November, selain diperintah menjalani tambahan 12 bulan penjara sekiranya gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, lelaki itu didakwa memandu kereta sehingga menyebabkan mangsa terheret, sedangkan dia mengetahui perbuatannya boleh mengakibatkan kematian.
Mohammad Arif yang tidak diwakili peguam memohon hukuman diringankan dengan alasan perlu menjaga ibu bapanya, masing-masing berusia 61 tahun dan mempunyai masalah jantung.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Peh Fong Xi memohon hukuman lebih berat, mengambil kira kes tapisan itu tular di media sosial dan kepentingan umum supaya ia menjadi pengajaran kepada masyarakat.
Berdasarkan fakta kes, polis yang menjalankan rondaan cegah jenayah di Taman Sri Andalas terserempak dengan sebuah kereta disyaki terlibat dalam kes samun sebelum mengekori kenderaan tersebut ke stesen minyak berkenaan.
Semasa cuba menahan suspek, Mohammad Arif bertindak agresif dengan menolak anggota terbabit sebelum memecut melarikan diri, menyebabkan mangsa terheret dan hampir digilis. – Bernama
Berita berkaitan
January 13, 2026, 11:06 pm
Tak sempat hadiri kursus, CEO syarikat, dua pekerja maut MPV dinaiki bertembung van di Gua Musang
January 13, 2026, 7:41 pm
Akmal Saleh luah isi hati kepada Ahmad Zahid
January 13, 2026, 7:34 pm
Najib kembali ke Mahkamah Tinggi bela diri dalam saman sivil SRC RM42 juta
January 13, 2026, 5:22 pm
Ahmad Zahid sahkan sudah bertemu Akmal Saleh
January 13, 2026, 5:15 pm
Hotel didakwa ‘gay friendly’ di Melaka tutup sementara operasi
January 13, 2026, 5:10 pm
KDN nafi imej reka bentuk pasport dan MyKad baharu tular di media sosial
January 13, 2026, 5:06 pm
MCMC bakal ambil tindakan undang-undang terhadap X dan xAI berhubung isu keselamatan Grok
January 13, 2026, 5:00 pm
Konstabel disyaki tampar penunggang motosikal dipanggil bertugas bantu operasi trafik
January 13, 2026, 2:39 pm
