Berita Berita
Suspek serang Haresh Deol nak pukul orang lain, mungkin tersalah sasaran - Polis
KUALA LUMPUR 27 Nov - Polis tidak menolak kemungkinan suspek yang menyerang wartawan sukan, Haresh Deol tersalah sasaran dalam insiden yang berlaku di Bangsar, kelmarin.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, siasatan awal mendapati motif serangan dipercayai berpunca daripada isu peribadi yang melibatkan gangguan terhadap isteri suspek, namun mangsa sebenar mungkin tidak menjadi sasaran langsung.
"Ia (motif) seperti ada gangguan terhadap isteri dia (suspek) jadi lebih kepada peribadi namun nampak macam salah sasaran pun ada kerana dia mahu pukul yang kacau isterinya tetapi salah orang.
"Bagaimanapun, kita akan bandingkan dengan semua keterangan dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Kesejahteraan Komuniti 'Disiplin Terjaga, Generasi Terbina' Tahun 2025 di Pusat Konvensyen HGH, hari ini.
Menurut Fadil, pihak polis kini dalam proses melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
"Tangkapan setakat ini membabitkan seorang individu yang kini direman.
"Namun kita akan angkat kepada AGC dan kemukakan cadangan untuk tuduh," katanya.
Dalam pada itu, Haresh semalam menolak dakwaan polis bahawa serangan terhadapnya didorong oleh isu peribadi.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak polis atas sikap profesional dalam menjalankan siasatan, namun menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang masalah peribadi dengan mana-mana pihak.
Media sebelum ini melaporkan polis menahan seorang lelaki berusia 37 tahun yang juga penganggur pada pukul 2 pagi semalam kerana disyaki terbabit dalam kejadian serangan ke atas wartawan berkenaan.
Haresh yang juga pengasas TwentyTwo13, diserang dua individu ketika mahu masuk ke dalam keretanya di Bangsar.
Menerusi catatan di akaun aplikasi X miliknya, beliau memaklumkan diserang oleh dua individu, dengan salah seorang daripada mereka turut merakam video kejadian tersebut.
Berita berkaitan
January 13, 2026, 11:06 pm
Tak sempat hadiri kursus, CEO syarikat, dua pekerja maut MPV dinaiki bertembung van di Gua Musang
January 13, 2026, 7:41 pm
Akmal Saleh luah isi hati kepada Ahmad Zahid
January 13, 2026, 7:34 pm
Najib kembali ke Mahkamah Tinggi bela diri dalam saman sivil SRC RM42 juta
January 13, 2026, 5:22 pm
Ahmad Zahid sahkan sudah bertemu Akmal Saleh
January 13, 2026, 5:15 pm
Hotel didakwa ‘gay friendly’ di Melaka tutup sementara operasi
January 13, 2026, 5:10 pm
KDN nafi imej reka bentuk pasport dan MyKad baharu tular di media sosial
January 13, 2026, 5:06 pm
MCMC bakal ambil tindakan undang-undang terhadap X dan xAI berhubung isu keselamatan Grok
January 13, 2026, 5:00 pm
Konstabel disyaki tampar penunggang motosikal dipanggil bertugas bantu operasi trafik
January 13, 2026, 2:39 pm
