Berita Berita
'Alhamdullilah, terbuktilah apa yang saya nampak' - Laporan bedah siasat kedua Syamsul Haris sahkan firasat ibu
KUALA LUMPUR 29 Nov - Penantian seorang ibu untuk mendapatkan jawapan mengenai kematian anak lelakinya akhirnya terjawab apabila keputusan laporan bedah siasat kedua mendedahkan kewujudan kecederaan pada bahagian leher, sekali gus menguatkan firasatnya sejak awal.
Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, berkata laporan itu seiring dengan rasa curiganya ketika proses bedah siasat pertama dilakukan di Hospital Kota Tinggi, Johor, pada 28 Julai lalu, apabila beliau mendakwa tidak dibenarkan melihat dengan jelas bahagian leher kanan anaknya, Syamsul Haris Shamsudin.
"Kira terbuktilah apa yang saya nampak, apa saya rasa masa itu. Laporan bedah siasat kedua ini menunjukkan banyak kecederaan pada leher seperti apa yang saya sangat curiga ketika itu (bedah siasat pertama).
"Alhamdulillah dapat dibuktikan. Sedih memang sedih," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, semalam.
Menurut Ummu Haiman Bee, beliau berharap pihak berkuasa mengambil tindakan lanjut berdasarkan dapatan laporan terkini itu dan menjalankan siasatan secara menyeluruh.
Katanya, keluarga menuntut keadilan untuk arwah anaknya dan mahu tindakan sewajarnya diambil mengikut lunas undang-undang.
"Tolonglah adili kes anak saya ini dengan telus," katanya.
Sebelum ini, Ummu Haiman Bee menuntut siasatan segera dijalankan berhubung kematian anaknya ketika menjalani latihan di PALAPES UTM Pulada, Lapang Sasar Inokulasi Tempur, Pulada, Ulu Tiram, Johor.
Beliau turut mempersoalkan punca kematian yang dikatakan akibat sawan kerana pemerhatiannya terhadap keadaan jenazah anaknya ketika bedah siasat pertama di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail, Johor, mendapati terdapat kecederaan teruk pada tubuh yang tidak selari dengan penjelasan awal diberikan.
Berita berkaitan
January 14, 2026, 10:47 am
Ahmad Zahid yakin sokongan akar umbi kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga PRU-16
January 14, 2026, 10:38 am
Anwar titip doa kesejahteraan buat Sultan Brunei
January 14, 2026, 10:15 am
Pelajar perempuan terpelanting dirempuh motosikal gara-gara melintas tak tengok jalan di Kajang
January 14, 2026, 10:04 am
Imigresen gempur koloni haram PATI lengkap surau, bilik selesa di lebuhraya NPE
January 14, 2026, 9:48 am
Glamping with pride: Tidak kompromi usaha normalisasi LGBT, jelas langgar undang-undang
January 14, 2026, 8:13 am
Penulis blog Murray Hunter tarik balik artikel fitnah, mohon maaf kepada MCMC
January 14, 2026, 8:06 am
Pelajar lepasan tahfiz tercicir tanpa SPM, perlu laluan khas ke universiti
January 13, 2026, 11:06 pm
Tak sempat hadiri kursus, CEO syarikat, dua pekerja maut MPV dinaiki bertembung van di Gua Musang
January 13, 2026, 7:41 pm
Akmal Saleh luah isi hati kepada Ahmad Zahid
January 13, 2026, 7:34 pm
