Berita Berita
Lelaki terkulai dalam kenderaan, maut dipercayai ditembak di Klang
KLANG 30 Nov - Beberapa video tular memaparkan seorang lelaki terkulai tidak sedarkan diri dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda dipercayai maut ditembak.
Difahamkan kejadian berlaku di sekitar Taman Mesra Indah, di sini sekitar jam 9 malam tadi, dengan beberapa saksi mendakwa terdengar bunyi beberapa das tembakan dilepaskan.
Bagaimanapun setakat ini belum ada sebarang pengesahan mengenai kejadian itu.
Sementara itu, tinjauan mendapati pasukan anjing pengesan (K9) dan forensik masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
Dalam pada itu, seorang wanita dipercayai ibu mangsa tidak mampu menahan sebak sebaik mendapat tahu anaknya maut ditembak.
Wanita itu tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 11.15 malam bersama beberapa individu lain dan mahu melihat keadaan mangsa, namun dihalang anggota polis bertugas.
"Itu anak saya... anak saya," katanya dalam keadaan sedih sebelum ditenangkan anggota polis bertugas dan orang awam di lokasi.
Berita berkaitan
January 15, 2026, 6:15 pm
ROS sahkan pelanggaran perlembagaan MIPP, pemilihan Presiden PN berdepan risiko dicabar
January 15, 2026, 6:10 pm
Polis sahkan dakwaan penderaan kanak-kanak di Taiping tidak berasas
January 15, 2026, 6:01 pm
Polis tahan doktor disyaki bunuh isteri, anak 4 tahun di Johor Bahru
January 15, 2026, 5:53 pm
Pemuda Pahang rayu Agong perkenan pembebasan penuh Najib
January 15, 2026, 5:07 pm
DAP Melaka ucap terima kasih kepada Dr Akmal, tegaskan tidak termakan provokasi
January 15, 2026, 3:16 pm
Tender ATM: SPRM sita wang tunai, emas dan aset mewah bernilai RM11.4 juta
January 15, 2026, 2:39 pm
Polis buru tiga suspek kes pecah rumah di Bemban
January 15, 2026, 2:12 pm
Kehadiran ke Perhimpunan Pemuda UMNO detik emosional buat Khairy
January 15, 2026, 1:10 pm
'Saya minta maaf' - Dr Akmal umum letak jawatan EXCO Melaka
January 15, 2026, 1:03 pm
