Berita Berita
Polis sahkan dakwaan penderaan kanak-kanak di Taiping tidak berasas
TAIPING 15 Jan – Polis mengesahkan dakwaan penderaan membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun yang tular di media sosial sejak semalam adalah tidak berasas selepas pemeriksaan fizikal mendapati mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, pemeriksaan awal telah dijalankan oleh pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping sejurus maklumat itu tersebar, namun tiada sebarang unsur penderaan dikenal pasti.
“Pemeriksaan mendapati tiada kesan lebam, luka atau tanda kecederaan fizikal pada tubuh kanak-kanak berkenaan. Setakat ini juga, polis tidak menerima sebarang laporan rasmi berkaitan dakwaan tersebut daripada mana-mana pihak.
“Sekiranya terdapat laporan baharu atau maklumat tambahan yang mencurigakan, polis tidak akan teragak-agak untuk membawa kanak-kanak itu ke hospital bagi pemeriksaan lanjut oleh pegawai perubatan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Taiping serta Pengerusi Perkep Daerah Taiping di Dewan Serbaguna IPD Taiping, hari ini.
Menurut Noor Hisam, kanak-kanak itu ditemui di Stesen Kereta Api Taiping dan dipercayai berasal dari kawasan sekitar daerah berkenaan.
“Difahamkan neneknya menetap di Anak Bukit, Kedah. Buat masa ini, polis masih belum dapat memastikan tujuan sebenar kanak-kanak itu berada di stesen tersebut sama ada untuk menaiki kereta api pulang ke Kedah atau sebaliknya,” katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail akan bersara wajib bermula 16 Januari ini dan digantikan oleh Asisten Komisioner Abdul Malek Ismail.
“Mohamad Nasir akan menjalani persaraan wajib pada usia 60 tahun selepas mencurahkan khidmat bakti kepada pasukan selama kira-kira 37 tahun bermula sebagai konstabel pada 1989 sebelum dilantik sebagai Inspektor Percubaan pada 1991,” katanya.
Berita berkaitan
March 12, 2026, 8:51 pm
Menteri Agama arah JAWI siasat sepanduk guna terjemahan al-Quran sokong budaya songsang
March 12, 2026, 7:19 pm
Inspektor polis mengaku tidak bersalah terima dan minta rasuah RM5,300, tipu duit jaminan
March 12, 2026, 7:03 pm
Tiga maut termasuk bayi tujuh bulan dalam nahas dua kenderaan di Bukit Sentosa
March 12, 2026, 5:22 pm
Polis tahan remaja lelaki disyaki bunuh wanita dengan 14 tikaman di hotel
March 12, 2026, 3:53 pm
Dua 'pengasuh' taska kes kematian bayi tidak ikuti Kursus Asuhan PERMATA
March 12, 2026, 3:25 pm
'Banyak benda dah diatur' - Pulau Pinang teruskan rumah terbuka Aidilfitri secara sederhana
March 12, 2026, 2:47 pm
Trafik lebuh raya dijangka cecah 2.3 juta kenderaan sehari sempena Aidilfitri
March 12, 2026, 1:19 pm
TPM Ahmad Zahid hargai jasa Sathia menghiburkan rakyat Malaysia, hulur sumbangan ringan beban
March 12, 2026, 12:45 pm
Timbalan CEO SSM didakwa terima RM50,000 daripada anak Hamzah Zainudin tanpa balasan
March 12, 2026, 12:14 pm
