Berita Berita
DAP Melaka ucap terima kasih kepada Dr Akmal, tegaskan tidak termakan provokasi
MELAKA 15 Jan - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong merakamkan penghargaan kepada Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh atas sumbangan dan perkhidmatan beliau sepanjang memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka.
Penghargaan itu dizahirkan menerusi satu hantaran ringkas di laman Facebook beliau pada Khamis.
“Patah tumbuh, hilang berganti, pasang surut lumrah duniawi.
“Terima kasih kepada Dr Akmal atas perkhidmatan beliau sebagai Exco. Selamat maju jaya dalam urusan masing-masing,” tulisnya.
Pada hari yang sama, Ketua Pemuda UMNO itu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Sayap Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC).
Bagaimanapun, Dr Akmal menegaskan beliau akan kekal memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO, sekali gus menepis spekulasi sebelum ini bahawa beliau turut akan melepaskan jawatan berkenaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu menjelaskan, keputusan meletakkan jawatan sebagai Exco dibuat bagi membolehkan beliau memberi tumpuan sepenuhnya kepada perjuangan menentang DAP.
Terdahulu, pada Konvensyen Khas Pemuda UMNO, Dr Akmal mencabar DAP supaya melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri Melaka memandangkan parti itu merupakan sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan yang diterajui Barisan Nasional (BN).
Mengulas cabaran itu, Khoo Poay Tiong menegaskan DAP Melaka tidak akan ‘termakan’ provokasi berkenaan dan menolak desakan supaya parti itu keluar daripada kerajaan negeri.
Ahli Parlimen Kota Melaka itu turut mempersoalkan kedudukan Dr Akmal dalam menentukan hala tuju DAP, sambil menegaskan bahawa sebarang keputusan berkaitan kedudukan parti itu akan ditentukan oleh kepimpinan DAP sendiri.
Dalam perkembangan berkaitan, Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) sebelum ini turut mendesak Dr Akmal supaya melepaskan jawatan Ketua Pemuda UMNO selagi beliau terus mengkritik DAP dalam Kerajaan Perpaduan.
Berita berkaitan
March 12, 2026, 8:51 pm
Menteri Agama arah JAWI siasat sepanduk guna terjemahan al-Quran sokong budaya songsang
March 12, 2026, 7:19 pm
Inspektor polis mengaku tidak bersalah terima dan minta rasuah RM5,300, tipu duit jaminan
March 12, 2026, 7:03 pm
Tiga maut termasuk bayi tujuh bulan dalam nahas dua kenderaan di Bukit Sentosa
March 12, 2026, 5:22 pm
Polis tahan remaja lelaki disyaki bunuh wanita dengan 14 tikaman di hotel
March 12, 2026, 3:53 pm
Dua 'pengasuh' taska kes kematian bayi tidak ikuti Kursus Asuhan PERMATA
March 12, 2026, 3:25 pm
'Banyak benda dah diatur' - Pulau Pinang teruskan rumah terbuka Aidilfitri secara sederhana
March 12, 2026, 2:47 pm
Trafik lebuh raya dijangka cecah 2.3 juta kenderaan sehari sempena Aidilfitri
March 12, 2026, 1:19 pm
TPM Ahmad Zahid hargai jasa Sathia menghiburkan rakyat Malaysia, hulur sumbangan ringan beban
March 12, 2026, 12:45 pm
Timbalan CEO SSM didakwa terima RM50,000 daripada anak Hamzah Zainudin tanpa balasan
March 12, 2026, 12:14 pm
