Berita Berita
Polis buru tiga suspek kes pecah rumah di Bemban
JASIN 15 Jan – Polis sedang giat memburu tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pecah rumah dan curi di Taman Anjung Gapam, Bemban, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Lee Robert berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.20 malam apabila suspek dipercayai memecah masuk kediaman seorang pengurus pusat kecantikan ketika mangsa tiada di rumah.
Menurut beliau, mangsa yang juga wanita tempatan berusia 37 tahun menyedari kejadian itu selepas menerima notifikasi kamera litar tertutup (CCTV) di telefon bimbitnya ketika dalam perjalanan pulang sebelum segera membuat laporan polis.
“Rakaman CCTV menunjukkan dua suspek berada di dalam rumah manakala seorang lagi berada di luar bagi memantau keadaan.
“Unit peronda polis kemudiannya membantu mengiringi mangsa pulang ke kediamannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati suspek disyaki melarikan wang tunai pelbagai mata wang asing dari China, Indonesia, Thailand, Amerika Syarikat, Eropah dan Korea dengan anggaran kerugian kira-kira RM1,500 yang disimpan di dalam laci almari bilik utama.
Terdahulu, beberapa rakaman CCTV tular di media sosial memaparkan ketiga-tiga suspek memakai pelitup muka dan baju panas berhud (‘hoodie’) ketika melakukan jenayah berkenaan, selain dilihat berlegar-legar di kawasan perumahan sekitar jam 9 malam.
Mengulas lanjut, Lee berkata siasatan awal mendapati modus operandi suspek adalah dengan mengumpil besi jeriji dan pintu kayu di bahagian hadapan rumah.
“Proses ‘dusting’ di lokasi kejadian telah mengesan lapan cap jari, manakala Unit Anjing Pengesan (K9) turut digerakkan bagi menjejaki pergerakan suspek.
“Usaha mengesan ketiga-tiga suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Muhammad Fadzlan Fitri Mis di talian 018-3511594 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Berita berkaitan
March 12, 2026, 8:51 pm
Menteri Agama arah JAWI siasat sepanduk guna terjemahan al-Quran sokong budaya songsang
March 12, 2026, 7:19 pm
Inspektor polis mengaku tidak bersalah terima dan minta rasuah RM5,300, tipu duit jaminan
March 12, 2026, 7:03 pm
Tiga maut termasuk bayi tujuh bulan dalam nahas dua kenderaan di Bukit Sentosa
March 12, 2026, 5:22 pm
Polis tahan remaja lelaki disyaki bunuh wanita dengan 14 tikaman di hotel
March 12, 2026, 3:53 pm
Dua 'pengasuh' taska kes kematian bayi tidak ikuti Kursus Asuhan PERMATA
March 12, 2026, 3:25 pm
'Banyak benda dah diatur' - Pulau Pinang teruskan rumah terbuka Aidilfitri secara sederhana
March 12, 2026, 2:47 pm
Trafik lebuh raya dijangka cecah 2.3 juta kenderaan sehari sempena Aidilfitri
March 12, 2026, 1:19 pm
TPM Ahmad Zahid hargai jasa Sathia menghiburkan rakyat Malaysia, hulur sumbangan ringan beban
March 12, 2026, 12:45 pm
Timbalan CEO SSM didakwa terima RM50,000 daripada anak Hamzah Zainudin tanpa balasan
March 12, 2026, 12:14 pm
