Berita Berita
Tender ATM: SPRM sita wang tunai, emas dan aset mewah bernilai RM11.4 juta
PUTRAJAYA 15 Jan - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai, emas dan pelbagai aset mewah bernilai keseluruhan RM11.4 juta menerusi Op Parasit yang dijalankan susulan siasatan kes tender perolehan membabitkan bekas Panglima Tentera Darat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, antara barangan utama yang disita ialah wang tunai RM4.4 juta serta jongkong emas seberat 3.7 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM2.5 juta.
Selain itu, SPRM turut menyita mata wang asing bernilai RM1.4 juta, sebuah kenderaan utiliti sukan Range Rover SVR bernilai RM360,000, barang kemas bernilai RM294,039, dua cincin berlian bernilai RM20,000 serta medalion emas seberat 150 gram dengan nilai RM102,000.
Menurutnya, SPRM juga membekukan 75 akaun bank dengan anggaran nilai keseluruhan sebanyak RM32.5 juta bagi membantu siasatan kes berkenaan.
“Dalam kes ini, penyitaan aset dibuat di dua lokasi iaitu sebuah kediaman di Kuala Lumpur dan satu lagi di Besut, Terengganu.
“Pegawai saya terpaksa ke Terengganu dua kali untuk mendapatkan barang-barang berkaitan kes ini berdasarkan maklumat yang diterima,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Azam menjelaskan, pameran barangan rampasan itu bukan bertujuan untuk tontonan semata-mata, sebaliknya sebagai bahan bukti bagi memastikan maklumat yang disampaikan kepada rakyat adalah tepat.
“Kita pamerkan barang-barang ini bukan untuk ‘showcase’, tetapi sebagai barang bukti supaya maklumat yang disampaikan kepada rakyat adalah betul,” katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan seramai 23 individu telah ditahan setakat ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Tambahnya, SPRM turut membuka 22 kertas siasatan bagi kesalahan asas (‘predicate offense’) serta satu kertas siasatan berkaitan penggubahan wang haram.
“Siasatan masih diteruskan dan bagi beberapa kertas siasatan yang terlibat, saya telah mengarahkan pegawai penyiasat supaya menyegerakan siasatan ini pada minggu hadapan,” katanya.
Berita berkaitan
March 12, 2026, 8:51 pm
Menteri Agama arah JAWI siasat sepanduk guna terjemahan al-Quran sokong budaya songsang
March 12, 2026, 7:19 pm
Inspektor polis mengaku tidak bersalah terima dan minta rasuah RM5,300, tipu duit jaminan
March 12, 2026, 7:03 pm
Tiga maut termasuk bayi tujuh bulan dalam nahas dua kenderaan di Bukit Sentosa
March 12, 2026, 5:22 pm
Polis tahan remaja lelaki disyaki bunuh wanita dengan 14 tikaman di hotel
March 12, 2026, 3:53 pm
Dua 'pengasuh' taska kes kematian bayi tidak ikuti Kursus Asuhan PERMATA
March 12, 2026, 3:25 pm
'Banyak benda dah diatur' - Pulau Pinang teruskan rumah terbuka Aidilfitri secara sederhana
March 12, 2026, 2:47 pm
Trafik lebuh raya dijangka cecah 2.3 juta kenderaan sehari sempena Aidilfitri
March 12, 2026, 1:19 pm
TPM Ahmad Zahid hargai jasa Sathia menghiburkan rakyat Malaysia, hulur sumbangan ringan beban
March 12, 2026, 12:45 pm
Timbalan CEO SSM didakwa terima RM50,000 daripada anak Hamzah Zainudin tanpa balasan
March 12, 2026, 12:14 pm
